Rumah Mampu Milik Johor

egala urusan seperti cara-cara memohon, rayuan, status permohonan rumah (kos rendah/sederhana/mampu milik johor) hendaklah dilayari di Sistem Perumahan Johor atau hubungi terus

Pejabat SUKJ Bahagian Perumahan
Aras 1,
Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor

07-2666260 / 07-2666261
erumah[at]johor.gov.my

Permohonan Jawatan Kosong

Permohonan jawatan kosong TIDAK BOLEH dimohon melalui portal ini. Portal ini hanya mengiklankan jawatan kosong di agensi yang memerlukan dari masa ke semasa.

Permohonan Menunaikan Haji untuk Penjawat Awam yang berkhidmat di Negeri Johor

Permohonan menunaikan Haji di bawah program Kerajaan Negeri Johor hendaklah dimajukan melalui Ketua Jabatan disertakan dengan satu salinan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini, manakala bagi pesara hendaklah menyertakan satu salinan kad pesara dan satu salinan Penyata Perkhidmatan yang telah diakui sah oleh majikan yang terakhir mereka berkhidmat.

Setiap permohonan hanya perlu mengisi satu salinan Borang PAJ.1/2013 yang diboleh didapati di Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Bahagian Khidmat Pengurusan di Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bahru.

Cadangan/Maklumbalas/Aduan terhadap perkhidmatan Kerajaan Negeri

Kami mengalu-alukan cadangan/maklumbalas/aduan terhadap perkhidmatan Kerajaan Negeri Johor oleh orang awam. Namun ia perlu disalurkan kepada agensi yang betul melalui Sistem Johor Aduan Awam Bersepadu.

Permohonan Latihan Industri / Practical di Kerajaan Negeri Johor

Permohonan Latihan Industri / Practical hendaklah dimohon melalui Sistem Maklumat Pelajar Praktikal ataupun terus melalui surat rasmi ke agensi-agensiyang berkaitan.