EKSA Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

  • Pentadbir Portal 1

Pengenalan EKSA

Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau dikenali sebagai EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih releven kepada agensi sektor awam. Langkah ini seiring dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih mengekalkan Amalan 5S yang ditambahbaik beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambahbaik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambahbaik dengan menambah lima(5) elemen baharu iaitu:

  1. Mewujudkan persekitaran yang kondusif
  2. Imej korporat
  3. Kreativiti dan inovasi
  4. Pembudayaan Amalan Hijau / Go Green
  5. Memenuhi keperluan kepelbagaian agensi

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi kriteria-kriteria khusus yang turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi mengikut jenis- jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan pada masaini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Dasar

"Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor komited dalam melaksanakan EKSA secara berterusan melalui budaya kerja berpasukan dan berdisiplin dengan mengutamakan persekitaran kerja yang bersih, selesa dan teratur dengan penerapan amalan hijau,"

Visi

Penyampaian perkhidmatan yang cemerlang melalui persekitaran kerja yang kondusif.

Misi

Mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan ceria untuk keselesaan warga dan pelanggan. Meningkatkan disiplin kerja yang cemerlang dan berterusan di kalangan warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

Moto

"Aspirasi EKSA Memperkasa Prestasi"

Objektif

  1. Membina modal insan cemerlang dan berdaya saing dalam menghasilkan produktiviti kerja berprestasi tinggi.
  2. Mewujudkan persekitaran kerja yang teratur, selamat, bersih, selesa dan kondusif.
  3. Mempertingkatkan kesedaran dikalangan warga kerja mengenai persekitaran kerja berkualiti melalui pertukaran idea secara kreativiti, harmoni dan berterusan.
  4. Memanfaatkan penggunaan sumber kerja secara optimum dan mengelakkan pembaziran.
  5. Memperkasa imej korporat organisasi dan menjana motivasi warga kerja.

Carta Perbatuan

Hubungi Kami

Hubungi Sekretariat (Unit Korporat dan Kualiti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor) di

Email : sukj.ukk[a]johor.gov.my
No. Telefon : 07-266 6116
No. Faks : 07-290 8111

Logo EKSA

T

Simbol Daun

Melambangkan penerapan konsep amalan hijau di setiap Bahagian / Unit

T

JATA Johor

Menyatakan pelaksanaan amalan EKSA di bawah Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

T

Lingkaran Bulatan

Melambangkan kesepakatan antara zon yang terlibat dengan pelaksanaan EKSA bagi merealisasikan objektif yang telah ditetapkan

T

Warna Biru

Mencerminkan budaya imej korporat dan profesional melalui pengurusan dan pelaksanaan EKSA di PSUKJ

T

Warna Putih

Menggambarkan persekitaran kerja yang bersih dan selesa selaras dengan dasar EKSA PSUKJ

T

Warna Merah

Menunjukkan kemampuan semangat kepimpinan dalam kalangan warga kerja PSUKJ bagi memastikan objektif EKSA tercapai

T

Warna Hijau

Melambangkan persekitaran kerja yang kondusif dan harmoni dalam setiap Bahagian / Unit

Buletin EKSA

Tajuk
e-Buletin EKSA #1
download
March 21, 2024