Jabatan Landskap Negeri Johor

  • Pentadbir Portal 1

Info Jabatan

Bahagian / Unit : Jabatan Lanskap Negeri Johor
Alamat : Jabatan Lanskap Negeri Johor,
Aras 1,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor
Ketua Jabatan : Tuan Haji Muhammad Shahril Azizi bin Abd. Gapar
Tel : 07-290 9090 / 266 6226
Faks : 07-2909094

Misi

Menjadikan Johor Sebuah Negeri Dalam Taman Secara Menyeluruh Terancang Dan Bersifat mampan

Visi

  1. Mewujudkan Negeri Dalam Taman Dengan Persekitaran Kehidupan Yang Selesa, Ceria, Bersih, Dan Indah.
  2. Mewujudkan ruang landskap dalam setiap projek pembangunan serta menentukan kemudahan rekreasi dan landskap sejajar dengan keperluan pengguna.
  3. Mewujudkan landskap mampan, berfungsi dan secara menyeluruh di Bandar dan desa.
  4. Meningkatkan kepenggunaan teknologi peralatan perlandskapan dan kepelbagaian sepsis tanaman landskap.
  5. Membangunkan pengkalan data maklumat-maklumat perlandskapan.
  6. Mewujudkan warga johor yang berpengetahuan, berdisiplin dan cintakan persekitaran yang indah serta bersih.

Objektif

  1. Menggubal dasar serta merangka strategi dan program pembangunan Landskap Negeri Johor
  2. Mengawal dan memacu pembangunan Landskap Negeri
  3. Melaksanakan projek-projek pembangunan landskap Negeri
  4. Menyelaras dan memantau projek Landskap Persekutuan di Johor
  5. Mendidik masyarakat terhadap fungsi dan kepentingan landskap

Fungsi

  1. Mewujudkan Negeri Dalam Taman dengan persekitaran kehidupan yang selesa, ceria, bersih dan indah.
  2. Mewujudkan ruang landskap dalam setiap projek pembangunan serta menentukan kemudahan rekreasi dan landskap sejajar dengan keperluan pengguna.
  3. Mewujudkan landskap mampan, berfungsi dan secara menyeluruh di bandar dan desa.
  4. Meningkatkan kepenggunaan teknologi peralatan perlandskapan dan kepelbagaian spesis tanaman landskap.
  5. Membangunkan pengkalan data maklumat-maklumat perlandskapan.
  6. Mewujudkan warga Johor yang berpengetahuan, berdisplin dan cintakan persekitaran yang indah serta bersih.

Piagam Pelanggan

  1. Sentiasa memberi layanan yang mesra apabila berurusan dengan pelanggan.
  2. Memastikan maklumbalas terhadap terhadap aduan akan diberikan tidak melebihi 2 minggu dari tarikh aduan diterima.
  3. Memastikan semua tuntutan bayaran dijelaskan dalam tempoh
    1. 14 hari bagi Projek Negeri
    2. 14 hari bagi Projek Persekutuan, 7 hari di Pejabat Tanggungjawab (Jabatan Landskap Negeri Johor) dan 7 hari di Akauntan Negara Johor, dari terimaan.
  4. Melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan dalam belanjawan Jabatan dengan cara terbaik untuk faedah orang ramai sebelum berakhir kewangan tahun semasa.
  5. Menyelaras permohonan peruntukan pembangunan landskap daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke Jabatan Landskap Negeri dalam tempoh 14 hari dari tarikh tutup tempoh penyelarasan.
  6. Menyelaras laporan Kempen Tanam Pokok daripada semua pihak Berkuasa Tempatan Johor, Agensi Kerajaan & Swasta di dalam Negeri Johor dalam tempoh 14 hari dari tamat tempoh laporan yang ditentukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan.
  7. Memastikan program, projek dan aktiviti Jabatan dapat menyambung ke aras pencapaian matlamat “NEGARA INDAH”menjelang 2020.
  8. Memberi khidmat nasihat yang terbaik kepada Agensi Kerajaan dan Swasta sebulan selepas menerima permohonan.