Unit Undang-Undang

Halaman Utama

Info Jabatan

Bahagian / Unit:Unit Undang-Undang
Alamat:Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
(Unit Undang-Undang),
Aras 3,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor
Ketua Jabatan:Puan Noor Asikin Binti Ahmad
Tel:
Faks:

Objektif

Meningkatkan mutu perkhidmatan undang-undang yamg berkualiti dan berkesan mengikut perlembagaan, undang-undang dan peraturan perkhidmatan awam.

Visi

Menjadi sebuah unit yang efektif dan efisyen dalam pematuhan perundangan, polisi dan peraturan sedia ada yang digunapakai di Negeri Johor.

Misi

Memastikan perkhidmatan perundangan yang diberikan selaras dengan undang-undang, polisi dan peraturan sedia ada.

Fungsi

  1. Menyemak draf perjanjian-perjanjian dan MOU bagi pihak Kerajaan Negeri Johor mengenai perkara -perkara yang melibatkan kerajaan Negeri yang berkaitan dengan peranan dan fungsi jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
  2. Menyemak kertas-kertas kes Bahagian Perumahan dan Bahagian Kerajaan Tempatan sebelum dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor untuk tindakan selanjutnya.
  3. Memberi penjelasan kepada maksud peruntukan undang-undang kepada jabatan-jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
  4. Bertindak sebagai Urus Setia Lembaga Pengampunan Negeri Johor.
  5. Memproses permohonan rayuan pengampunan banduan dari Jabatan Penjara Malaysia, peguam serta waris banduan.
  6. Memproses permohonan rayuan pembebasan pesakit tahanan di Hospital Psikiatrik dari waris pesakit tahanan.
  7. Menguruskan perjanjian jabatan luar yang diterima untuk ditandatangani oleh Y.B.Setiausaha Kerajaan Johor.
  8. Mengemaskini cadangan warta pelantikan Pegawai Pelesen Negeri Johor, Pegawai Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor, Ahli Lembaga Pengampunan Negeri Johor serta Majistret Mahkamah Rendah di Negeri Johor untuk diwartakan.
  9. Menerima dan mengemukakan tuntutan saman sivil terhadap Kerajaan Negeri Johor kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
  10. Perantara antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Penjara Johor Bahru, Penjara Kluang, Penjara Simpang Renggam, Pejabat Daerah Johor Bahru, Pejabat Daerah Kluang dan Pusat Pemulihan Khas bagi pencalonan Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara.
Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

  1. Menguruskan perjanjian yang diterima untuk tandatangan Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor dalam tempoh 3 hari bekerja.
  2. Menjawab surat-surat permohonan rayuan daripada waris banduan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  3. Memastikan semua dokumen terperingkat selamat dalam simpanan pejabat.
  4. Memastikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor bersidang sekurang-kurangnya sekali setahun.
  5. Mengemukakan tuntutan saman sivil yang diterima kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dengan serta-merta.
  6. Memproses perintah penahanan di bawah 348(2) Kanun Prosedur Jenayah apabila telah menerima perintah penahanan di bawah seksyen 348(1) Kanun Prosedur Jenayah dari Mahkamah atau Hospital Psikiatrik.
  7. Mengemukakan cadangan warta pelantikan yang telah disahkan dan diluluskan kepada Percetakan Nasional Berhad untuk diwartakan di dalam Warta Kerajaan Negeri Johor.
Profil Ketua Jabatan

Profil Ketua Jabatan

NamaNoor Asikin Binti Ahmad
JawatanPenolong Pegawai Undang-Undang
GredL29

Pendidikan

  1. Diploma Pentadbiran Awam

Jabatan Pernah Bertugas

JawatanJabatanTempoh
Penolong Pegawai Undang-UndangUnit Undang-Undang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor16.02.2011 – Sekarang
Carta Organisasi

Carta Organisasi