Unit Pengurusan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI)

Info Jabatan

Bahagian / Unit:Unit Pengurusan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI)
Alamat:Unit Pengurusan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI),
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,
Aras 2,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor
Ketua Jabatan:Mohd Shahrizan bin Sahid
Tel:07-2666058
Faks: 07-2661188

Objektif

  1. Memastikan produktiviti jabatan dalam penyampaian perkhidmatan adalah ditahap yang paling berkualiti.
  2. Mengoptimumkan kehendak dan harapan pelanggan dalaman dan luaran di dalam penyampaian perkhidmatan yang disediakan.

Visi

SSI sebuah organisasi pemangkin kemajuan Negeri dalam perkhidmatan mengurus tadbir harta tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri melalui SSI.

Misi

Menjalankan pengurusan  hartanah secara telus, efektif dan efisien.

Motto

“Bersama Mencapai Kemajuan Negeri Johor”

Fungsi

  • Memproses permohonan pajakan dan sewaan tanah milik SSI.
  • Menyediakan perakuan kepada PBN/MMK bagi mendapatkan kelulusan pajakan dan sewaan
  • Mengurus dan menyelenggara rekod/inventori tanah milik SSI
  • Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama pemohon sewa dan pajakan
  • Mengurus dan menyelenggara rekod kutipan bayaran pajakan dan sewaan tanah milik SSI
  • Merancang pungutan hasil pendapatan kepada Kerajaan Negeri
  • Mengurus pembayaran cukai tanah berkaitan tanah-tanah milik SSI
  • Menyediakan laporan dan ulasan kepada jabatan berkaitan bagi pembangunan yang melibatkan tanah-tanah milik SSI
  • Mengemukakan permohonan tanah ke Pejabat Tanah Daerah
  • Menjalankan proses pemantauan ke atas tanah-tanah yang telah disewa dan dipajak – penyediaan laporan
  • Memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan ke atas penerokaan tanah milik SSI secara haram
  • Menyemak kembali draf perjanjian pajakan & sewaan agar selaras dengan kelulusan PBN/MMK sebelum dihantar kepada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Johor (PUNJ) dan di meterai.