Halaman Utama
Info Jabatan
Bahagian / Unit | : | ICT@Johor |
Alamat | : | ICT@Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor |
Ketua Jabatan | : | YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad |
Tel | : | 07-2666660 / 07-2666661 |
Faks | : | 07-266 1667 |
Objektif
- Merancang, Menyelaras, Meningkatkan Dan Memperkembangkan Budaya Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pentadbiran dan Pengurusan Kerajaan Negeri.
- Memberi Perkhidmatan Teknologi Maklumat Yang Cekap Dan Berkesan Kepada Jabatan Kerajaan Mengikut Perkembangan Teknologi Semasa Yang Sesuai.
- Mengurus Dan Menyelenggara Infrastruktur ICT, Network Control Centre (NCC), Pangkalan Data Negeri, Perkakasan, Perisian Dan Aplikasi Sistem.
- Menganjur Dan Menyelaras Program Pendidikan, Latihan, Kemahiran Dan Penghayatan Sains, Teknologi dan Teknologi Maklumat.
- Menyelaras dan Memantau Pelaksanaan Projek MSC dan Program K-Ekonomi Negeri Johor.
Visi
Untuk Menjadi Peneraju Perkhidmatan ICT Yang Terunggul Bagi Memodenkan Perkhidmatan Awam Negeri Johor
Fungsi
Unit Perkhidmatan
- Menguruskan fail-fail dan rekod jabatan.
- Menguruskan pejabat dan keselamatan.
- Menguruskan mesyuarat dan minit jabatan.
- Menguruskan keperluan dan pengisian jawatan kosong jabatan.
- Mengurusan semua jenis cuti termasuk menyemak kelayakan gantian cuti rehat.
- Menguruskan latihan/kursus umum kakitangan jabatan.
- Menguruskan proses tangguna kerja dan pemangkuan.
- Menguruskan kenaikan pangkat kakitangan jabatan.
- Menguruskan penilaian prestasi dan pergerakan gaji tahunan kakitangan.
- Menguruskan pinjaman kakitangan jabatan.
- Melaksanakan urusan pengisytiharan harta.
- Melaksanakan urusan tindakan tatatertib.
- Menguruskan pengesahan, taraf berpencen dan lanjut tempoh percubaan.
- Menguruskan pencen dan faedah persaraan mengikut syarat perkhidmatan.
- Menguruskan pertukaran dan penamatan perkhidmatan kakitangan jabatan.
- Mengurusan pergerakan, penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan jabatan.
- Menguruskan dan mengemaskini jadual bulanan aktiviti rasmi Pengarah.
- Menyediakan Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan setiap tahun.
- Mengemaskini dan menyelaras myPortfolio jabatan.
- Menguruskan rekod perkhidmatan kakitangan jabatan.
- Mengendalikan Majlis bersama jabatan.
- Mengurusan semua aset di jabatan.
- Menyedia dan mengurus anggaran bajet mengurus dan pembangunan jabatan.
- Menguruskan akaun bayaran dan terimaan jabatan.
- Merancang dan menguruskan proses perolehan di jabatan.
- Menguruskan hal ehwal perundangan dan dokumen-dokumen perjanjian jabatan.
Pembangunan
- Merancang, menyelaras dan melaksana khidmat rundingan/nasihat berkaitan kelulusan teknikal projek ICT di agensi-agensi kerajaan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
- Merancang, membangun dan menyelaras Program Pembangunan dan Keupayaan Sumber Terbuka, repositori maklumat, Big Data Analytic dan Data Sains bagi agensi-agensi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun
- Merancang, mengurus, melaksana, membangun, menyelaras dan menyelenggara platform pembayaran dalam talian dan pelaksanaan tanpa tunai agensi-agensi negeri.
- Merancang, mengurus, melaksana, membangun, menyelaras dan menyelenggara Aplikasi Utama agensi-agensi negeri.
- Merancang, mengurus, melaksana, membangun, menyelaras dan menyelenggara Aplikasi Sokongan agensi-agensi negeri.
Operasi
- Pembangunan dan pengurusan Infrastruktur rangkaian ICT JohorNet.
- Merancang, melaksana dan memantau aktiviti pengurusan projek seperti mesyuarat Operasi, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Mesyuarat Jawatakuasa Pemandu Projek.
- Program pengurusan perubahan JohorNet (Kursus, forum bersama pengguna, latihan, bengkel, teknologi update).
- Pengurusan kajian kepuasan pelanggan dan kajian impak perkhidmatan JohorNet.
- Merancang, merangka, melaksana, mengurus dan memantau perkhidmatan pengopeasian, kawalan dan pemantauan berpusat bagi Perkhidmatan Pusat Data Kerajaan Johor (PDKJ) dan Disaster Recovery Centre (DRC).
- Menyedia, mengurus, mengoperasi dan menyelenggara infrastruktur, keselamatan rangkaian dan keselamatan perkhidmatan Pusat Data dan JohorNet.
- Merancang dan menguruskan perkhidmatan sokongan teknikal ICT (helpdesk) untuk pengguna di seluruh negeri Johor (first level support).
- Merancang, mengurus, melaksana, mengemaskini dan memantau pelaksanaan Keselamatan Infrastruktur (Rangkaian dan Pusat Data).
- Pengurusan dan pelaksanaan pensijilan keselamatan
- Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau Perkhidmatan Security Operation Centre menerusi kontrak JohorNet.
- Merancang, merangka, menyedia dan mengurus Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaborasi Bersepadu Kerajaan (Unified Communication).
- Merancang, mengurus dan melaksana Pengurusan Perubahan bagi agensi sedia ada dan agensi baharu.
- Melaksanakan kajian keperluan peralatan ict (komputer, pencetak dan perisian) mengikut kesesuaian agensi kerajaan Johor.
- Melaksanakan pengurusan dan penyelenggaraan aset ICT kerajaan Johor.
- Melaksanakan sanitasi Data bagi peralatan ICT yang akan dilupuskan.
Latihan dan Penyelidikan
- Mengkaji, membangunkan dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik ICT (ISP) Kerajaan Negeri Johor.
- Mengkaji keperluan dan menguatkuasakan dasar/peraturan/standard/garis panduan berkaitan ICT untuk Kerajaan Negeri Johor.
- Merancang dan melaksanakan latihan dan kursus ICT kepada penjawat awam Kerajaan Negeri Johor.
- Melaksanakan program-program technology update, pembudayaan ICT dan kesedaran ICT kepada penjawat awam Kerajaan Negeri Johor.
- Mengurusetiakan Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT), Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah ICT (KWAICT) Kerajaan Negeri Johor.
- Mengurusetiakan program-progaram libat urus ICT di peringkat Kerajaan Negeri Johor.
- Menguruskan pelantikan Ketua Pegawai Maklumat (CIO), Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) Kerajaan Negeri Johor.
- Mengemaskini pelantikan ahli Computer Emergency Response Team (CERT) Johor serta menguruskan laporan insiden keselamatan ICT.
- Mengendalikan ujian kompetensi ICT.
Latarbelakang
Piagam Pelanggan
Carta Organisasi