Info Jabatan
Bahagian / Unit | : | Badan Kawalselia Air Negeri Johor |
Alamat | : | Badan Kawalselia Air Negeri Johor, Aras 4, Bangunan Dato’ Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor |
Ketua Jabatan | : | Encik Azlan Afandi bin Sauffee Afandi PSI |
Tel | : | 07-266 1201 |
Faks | : | 07-266 1202 |
Objektif
- Mengubah persepsi dan amali orang ramai yang complaisant kepada sikap peduli dan menyayangi alam sekitar.
- Untuk menambahkan hasil Negeri Johor melalui pelesenan air mentah dan pengurusan sumber air yang berkesan.
- Mewujudkan kesedaran yang tinggi di kalangan seluruh masyarakat keseluruhan mengenai kepentingan alam sekitar.
- Membantu Negeri Johor menjadi tempat yang terbaik untuk berkarya, bekerjaya dan bermastautin.
Visi
Bekerjasama dengan jabatan, NGO, sektor korporat dan ahli masyarakat untuk untuk mencapai sekitaran yang mapan serta mutu air yang murni.
Misi
Menjadi organisasi bertaraf dunia menjelang 2020.
Strategi
- Menguruskan proses perubahan dengan sebaik mungkin bagi mengurangkan perintangan untuk mencapai objektif jabatan.
- Membina kapasiti organisasi dengan mempunyai satu pasukan staf yang bertaraf dunia.
- Menggunakan teknologi terkini untuk memantau seluruh kawasan tadahan dengan berkesan.
- Mempertingkatkan kecekapan penggunaan air mentah dengan mendatangkan hasil yang tinggi kepada Negeri Johor.
- Memperkukuhkan latihan dan latihan semula semua stake holder ke arah mempraktikkan prinsip-prinsip pengurusan sumber air.
Unit Khidmat Pengurusan
- Menguruskan Pentadbiran
- Sumber Manusia
- Kewangan dan Bajet
- Perundangan/Enakmen/Rules
- Melayani pelanggan
- Perjanjian/Dokumen
- Penguatkuasaan
- Latihan
- Pelesenan
- PBT Tanah
- Laporan tahunan
Unit Pengurusan Tadahan
- Mengurus kawasan tadahan air secara bersepadu.
- Menyelaras dan melaksanakan persampelan dan menganalisis mutu air mentah.
- Memantau dan memeriksa kuantiti air di waduk (reservoir) dan sungai.
- Menganalisis data-data hidrologi dan paras waduk.
- Menyelaras dan menguruskan kajian dan penyelidikan berkenaan keperluan kawasan tadahan.
- Menyiasat dan mengambilkan tindakan penguatkuasaan berkenaan pencemaran waduk (reservoir)
- Mengurus dan memberi ulasan terhadap laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA)
- Mengurus, memantau dan menyelenggara struktur empangan sedia ada berdasarkan ‘Guidelines For Operation, Maintenance dan Survelliance of Dams’.
- Menyelaras dan menguruskan sistem pengurusan maklumat bersepadu, GIS, ‘remote sensing’ untuk lembangan sungai dan empangan.
Unit Pengurusan Sumber Air
- Memantau pelaksanaan Perjanjian Johor-Singapura.
- Memantau pelaksanaan Perjanjian Johor-Melaka.
- Menganalisis data-data hidrologi.
- Melaksanakan persampelan dan menganalisis mutu air mentah.
- Menyelaras dan memantau pungutan hasil air mentah daripada PUB Singapura, Kerajaan Melaka, operator loji, kilang-kilang dan sebaginya.
- Memantau Kajian Kebersihan sungai-sungai.
- Menyiasat punca-punca pencemaran dan mengambilkan tindakan penguatkuasaan terhadap pihak yang melakukan pencemaran sungai.
- Menguruskan dan memungut hasil dari sumber air.
- Menyelaras dan mengurus program pendidikan pengurusan sumber air dan mutu air.
- Menyediakan, mengemaskini perisian dan kandungan laman web.
- Menyimpan rekod dan dokumen aset-aset bekalan air dan sumber air.
- Menjalankan kajian terhadap pembangunan bagi sumber air.