Info Jabatan
Bahagian / Unit | : | Pejabat Menteri Besar Johor |
Alamat | : | Pejabat Menteri Besar Johor, Aras 4, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri |
Ketua Jabatan | : | Tuan Haji Joharudin bin Samion @ Mingan |
Tel | : | +607-266 6355 / +607-266 6365 |
Faks | : | +607-290 8091 |
Visi
Memenuhi Aspirasi Rakyat Dan Kerajaan Ke Arah Sebuah Negara Maju
Misi
Melaksanakan Pengurusan Dan Penyampaian Perkhidmatan Yang Cekap, Bertanggungjawab Dan Berintegriti
Objektif
Memastikan kelancaran urusan YAB Menteri Besar Johor dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Johor
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
- Memastikan urusan pentadbiran dan kewangan diurus dengan cekap dan efisen.
- Memberi perkhidmatan pengurusan pelanggan berkaitan portfolio YAB Menteri Besar Johor secara cekap, cepat, mesra dan responsif terhadap kehendak pelanggan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
- Memastikan peruntukan-peruntukan pembangunan dibawah kawalan Pejabat Menteri Besar Johor dibelanjakan dengan cekap dan berkesan serta sampai kepada kumpulan sasar yang ditentukan.
BAHAGIAN AKHBAR
- Menentukan kata alu-aluan, teks ucapan dan perutusan YAB Menteri Besar Johor mempunyai mesej yang padat dan bertepatan dengan acara-acara yang dijalankan.
BAHAGIAN POLITIK
- Membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang memahami inspirasi dan cita-cita kerajaan yang memerintah melalui pelbagai aktiviti-aktiviti ebrsama organisasi siasah dan masyarakat.
BAHAGIAN MEDIA DAN KOMUNIKASI
- Memberi perkhidmatan untuk membantu Kerajaan Negeri Johor khususnya Pejabat Menteri Besar Johor dalam penyebaran maklumat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat melalui media massa, media cetak dan media elektronik.
Fungsi
Selaras dengan perubahan dan keperluan semasa dan bagi mencapai wawasan dan objektif Pejabat Menteri Besar Johor, sebanyak lima (5) Bahagian dan fungsi yang berbeza diketuai Setiausaha Sulit Kanan Kepada YAB Menteri Besar Johor ( Pegawai Tadbir Gred N52 ) telah ditubuhkan iaitu:-
- Bahagian Pentadbiran & Kewangan.
- Bahagian Pembangunan
- Bahagian Akhbar
- Bahagian Politik
- Bahagian Media dan Komunikasi.