Local Government Department

Bahagian / Unit:Bahagian Kerajaan Tempatan sukkt_ketua_jabatan
Alamat:Bahagian Kerajaan Tempatan,
Aras 2,
Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor
Ketua Jabatan:Encik Mohd Khir Johari bin Salleh
Tel:07-2666380 / 07-2666390
Faks:07-2909290

Objektif

Objektif Jabatan terbahagi kepada tiga dan ianya berteraskan kepada prinsip-prinsip Dasar Ekonomi Baru:

  1. Meninggikan kualiti hidup komuniti tempatan dengan mengadakan prasarana yang lengkap sejajar dengan Dasar Kerajaan.
  2. Mengadakan khidmat bantuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan.
  3. Menyalurkan Undang-Undang dan Dasar-Dasar Kerajaan daripada Kementerian yang telah diluluskan/ditimbangkan oleh Kerajaan Negeri supaya dilaksanakan.

Fungsi

Peranan dan Fungsi Jabatan:

  1. Menyalurkan peruntukan dari pihak Kerajaan Negeri/Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi melaksanakan projek-projek kemudahan awam yang telah dikenal pasti seperti mengetar/ membaiki jalan raya, pembinaan balai raya, pasar awam dan kawasan rekreasi.
  2. Memberi bantuan khidmat dari segi teknikal dan kepakaran di dalam bidang projek-projek yang dilaksanakan.
  3. Memainkan peranan untuk mengawasi segala perkembangan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dalam aspek berikut:
    • Peluasan Kawasan-Kawasan Majlis
    • Anggaran Belanjawan Tahunan Majlis; dan
    • Pelantikan Ahli-ahli Majlis
  4. Agensi Sistem Pengumpulan Maklumat bagi Pihak Berkuasa Tempatan.
  5. Mengawal dan mengawasi perlaksanaan dan pemakaian semua undang-undang yang berkaitan di peringkat Majlis.
Bantu kami perbaiki perkhidmatan kami dengan maklumbalas anda.
Kajian Kepuasan Pelawat Portal
X