ICT@Johor

  • Pentadbir Portal 1

Info Jabatan

Bahagian / Unit : ICT@Johor
Alamat : ICT@Johor,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor,
Aras 1,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor
Ketua Jabatan : Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan P.S.I II
Tel : 07-2666660 / 07-2666661
Faks : 07-266 1667

Objektif

  1. Merancang, Menyelaras, Meningkatkan Dan Memperkembangkan Budaya Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pentadbiran dan Pengurusan Kerajaan Negeri.
  2. Memberi Perkhidmatan Teknologi Maklumat Yang Cekap Dan Berkesan Kepada Jabatan Kerajaan Mengikut Perkembangan Teknologi Semasa Yang Sesuai.
  3. Mengurus Dan Menyelenggara Infrastruktur ICT, Network Control Centre (NCC), Pangkalan Data Negeri, Perkakasan, Perisian Dan Aplikasi Sistem.
  4. Menganjur Dan Menyelaras Program Pendidikan, Latihan, Kemahiran Dan Penghayatan Sains, Teknologi dan Teknologi Maklumat.
  5. Menyelaras dan Memantau Pelaksanaan Projek MSC dan Program K-Ekonomi Negeri Johor.

Visi

Untuk Menjadi Peneraju Perkhidmatan ICT Yang Terunggul Bagi Memodenkan Perkhidmatan Awam Negeri Johor

Fungsi

Unit Perkhidmatan

  1. Menguruskan fail-fail dan rekod jabatan.
  2. Menguruskan pejabat dan keselamatan.
  3. Menguruskan mesyuarat dan minit jabatan.
  4. Menguruskan keperluan dan pengisian jawatan kosong jabatan.
  5. Mengurusan semua jenis cuti termasuk menyemak kelayakan gantian cuti rehat.
  6. Menguruskan latihan/kursus umum kakitangan jabatan.
  7. Menguruskan proses tangguna kerja dan pemangkuan.
  8. Menguruskan kenaikan pangkat kakitangan jabatan.
  9. Menguruskan penilaian prestasi dan pergerakan gaji tahunan kakitangan.
  10. Menguruskan pinjaman kakitangan jabatan.
  11. Melaksanakan urusan pengisytiharan harta.
  12. Melaksanakan urusan tindakan tatatertib.
  13. Menguruskan pengesahan, taraf berpencen dan lanjut tempoh percubaan.
  14. Menguruskan pencen dan faedah persaraan mengikut syarat perkhidmatan.
  15. Menguruskan pertukaran dan penamatan perkhidmatan kakitangan jabatan.
  16. Mengurusan pergerakan, penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan jabatan.
  17. Menguruskan dan mengemaskini jadual bulanan aktiviti rasmi Pengarah.
  18. Menyediakan Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan setiap tahun.
  19. Mengemaskini dan menyelaras myPortfolio jabatan.
  20. Menguruskan rekod perkhidmatan kakitangan jabatan.
  21. Mengendalikan Majlis bersama jabatan.
  22. Mengurusan semua aset di jabatan.
  23. Menyedia dan mengurus anggaran bajet mengurus dan pembangunan jabatan.
  24. Menguruskan akaun bayaran dan terimaan jabatan.
  25. Merancang dan menguruskan proses perolehan di jabatan.
  26. Menguruskan hal ehwal perundangan dan dokumen-dokumen perjanjian jabatan.

Pembangunan

  1. Merancang, menyelaras dan melaksana khidmat rundingan/nasihat berkaitan kelulusan teknikal projek ICT di agensi-agensi kerajaan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
  2. Merancang, membangun dan menyelaras Program Pembangunan dan Keupayaan Sumber Terbuka, repositori maklumat, Big Data Analytic dan Data Sains bagi agensi-agensi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun
  3. Merancang, mengurus, melaksana, membangun, menyelaras dan menyelenggara platform pembayaran dalam talian dan pelaksanaan tanpa tunai agensi-agensi negeri.
  4. Merancang, mengurus, melaksana, membangun, menyelaras dan menyelenggara Aplikasi Utama agensi-agensi negeri.
  5. Merancang, mengurus, melaksana, membangun, menyelaras dan menyelenggara Aplikasi Sokongan agensi-agensi negeri.

Operasi

  1. Pembangunan dan pengurusan Infrastruktur rangkaian ICT JohorNet.
  2. Merancang, melaksana dan memantau aktiviti pengurusan projek seperti mesyuarat Operasi, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Mesyuarat Jawatakuasa Pemandu Projek.
  3. Program pengurusan perubahan JohorNet (Kursus, forum bersama pengguna, latihan, bengkel, teknologi update).
  4. Pengurusan kajian kepuasan pelanggan dan kajian impak perkhidmatan JohorNet.
  5. Merancang, merangka, melaksana, mengurus dan memantau perkhidmatan pengopeasian, kawalan dan pemantauan berpusat bagi Perkhidmatan Pusat Data Kerajaan Johor (PDKJ) dan Disaster Recovery Centre (DRC).
  6. Menyedia, mengurus, mengoperasi dan menyelenggara infrastruktur, keselamatan rangkaian dan keselamatan perkhidmatan Pusat Data dan JohorNet.
  7. Merancang dan menguruskan perkhidmatan sokongan teknikal ICT (helpdesk) untuk pengguna di seluruh negeri Johor (first level support).
  8. Merancang, mengurus, melaksana, mengemaskini dan memantau pelaksanaan Keselamatan Infrastruktur (Rangkaian dan Pusat Data).
  9. Pengurusan dan pelaksanaan pensijilan keselamatan
  10. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau Perkhidmatan Security Operation Centre menerusi kontrak JohorNet.
  11. Merancang, merangka, menyedia dan mengurus Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaborasi Bersepadu Kerajaan (Unified Communication).
  12. Merancang, mengurus dan melaksana Pengurusan Perubahan bagi agensi sedia ada dan agensi baharu.
  13. Melaksanakan kajian keperluan peralatan ict (komputer, pencetak dan perisian) mengikut kesesuaian agensi kerajaan Johor.
  14. Melaksanakan pengurusan dan penyelenggaraan aset ICT kerajaan Johor.
  15. Melaksanakan sanitasi Data bagi peralatan ICT yang akan dilupuskan.

Latihan dan Penyelidikan

  1. Mengkaji, membangunkan dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik ICT (ISP) Kerajaan Negeri Johor.
  2. Mengkaji keperluan dan menguatkuasakan dasar/peraturan/standard/garis panduan berkaitan ICT untuk Kerajaan Negeri Johor.
  3. Merancang dan melaksanakan latihan dan kursus ICT kepada penjawat awam Kerajaan Negeri Johor.
  4. Melaksanakan program-program technology update, pembudayaan ICT dan kesedaran ICT kepada penjawat awam Kerajaan Negeri Johor.
  5. Mengurusetiakan Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT), Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah ICT (KWAICT) Kerajaan Negeri Johor.
  6. Mengurusetiakan program-progaram libat urus ICT di peringkat Kerajaan Negeri Johor.
  7. Menguruskan pelantikan Ketua Pegawai Maklumat (CIO), Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) Kerajaan Negeri Johor.
  8. Mengemaskini pelantikan ahli Computer Emergency Response Team (CERT) Johor serta menguruskan laporan insiden keselamatan ICT.
  9. Mengendalikan ujian kompetensi ICT.

Latar Belakang

Unit Perkhidmatan Komputer telah ditubuhkan atas cadangan yang diluluskan pada Januari 1984 oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.

Pada Disember 1984, Kerajaan Negeri telah meluluskan pembelian komputer burroughs B1990S untuk Perbendaharaan  Johor dan ia menjadi asas Penubuhan Perkhidmatan Komputer Johor (UPKJ). UPKJ pada masa itu telah menjadi tempat rujukan bagi projek-projek pengkomputeran dan pusat data (data center) bagi pembangunan dan penyelenggaraan sistem yang dibangunkan untuk Kerajaan Negeri khususnya bagi Cawangan Perumahan, Perbendaharaan, Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Tanah Daerah. Bagaimana pun pada akhir tahun 1996, dimana Kerajaan Negeri melaksanakan Projek Prasarana Maklumat Johor (JII), melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), tugas-tugas untuk pembangunan sistem di bawah JII, penyelenggaraan sistem dan pusat data telah diletakkan di bawah MINDA Rakyat Johor Sdn Bhd, sebuah anak syarikat KPRJ. Separuh dari kakitangan kontrak di bawah UPKJ juga telah diserapkan ke dalam MINDA.

Pada akhir tahun 2002, Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa fungsi MINDA diambil alih oleh Unit Perkhidmatan Komputer. Oleh kerana terdapat tambahan fungsi untuk menggalakkan dan mempromosikan aktiviti-aktiviti Sains dan Teknologi, nama Unit Perkhidmatan Komputer ditukar kepada Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor.

Pada tahun 2016, nama Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor telah ditukar kepada Bahagian Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor.

Pada tahun 2021, sekali lagi Bahagian Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor telah ditukar kepada ICT@Johor.

Bagi memberi perkhidmatan teknologi maklumat yang cekap dan berkesan kepada Kerajaan Negeri dan semua jabatan serta agensi di bawahnya.

Kami kakitangan ICT@Johor berjanji

  1. Akan memastikan infrastruktur rangkaian, sistem serta perkhidmatan yang disediakan sentiasa beroperasi dengan baik.
  2. Akan berusaha memenuhi keperluan pembangunan sistem, aset ICT, rangkaian serta latihan ICT kepada penjawat awam.
  3. Akan bertindak kepada aduan Jabatan pengguna dalam masa kurang dari 2 jam.
  4. Akan memberi khidmat nasihat mengenai masalah berkaitan teknologi maklumat kepada Jabatan/pengguna.
  5. Akan bertindak serta-merta di atas segala pertanyaan berhubung dengan teknologi maklumat.
  6. Akan memberi latihan teknologi maklumat kepada sekurang-kurangnya 20 orang anggota sektor awam setiap bulan.