Halaman Utama
Info Jabatan
Bahagian / Unit | : | Bahagian Sains Teknologi & ICT Negeri Johor |
Alamat | : | Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Bahagian Sains Teknologi & ICT, Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor |
Ketua Jabatan | : | YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad |
Tel | : | 07-2666660 / 07-2666661 |
Faks | : | 07-266 1667 |
Objektif
- Merancang, Menyelaras, Meningkatkan Dan Memperkembangkan Budaya Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pentadbiran dan Pengurusan Kerajaan Negeri.
- Memberi Perkhidmatan Teknologi Maklumat Yang Cekap Dan Berkesan Kepada Jabatan Kerajaan Mengikut Perkembangan Teknologi Semasa Yang Sesuai.
- Mengurus Dan Menyelenggara Infrastruktur ICT, Network Control Centre (NCC), Pangkalan Data Negeri, Perkakasan, Perisian Dan Aplikasi Sistem.
- Menganjur Dan Menyelaras Program Pendidikan, Latihan, Kemahiran Dan Penghayatan Sains, Teknologi dan Teknologi Maklumat.
- Menyelaras dan Memantau Pelaksanaan Projek MSC dan Program K-Ekonomi Negeri Johor.
Visi
Untuk Menjadi Peneraju Perkhidmatan ICT Yang Terunggul Bagi Memodenkan Perkhidmatan Awam Negeri Johor
Fungsi
- Memberi khidmat nasihat dan perundingan berkaitan teknologi maklumat kepada Jabatan/Agensi Negeri dalam usaha meningkatkan kecekapan dan efisiensi mereka;
- Membuat kajian, penilaian dan memberi maklumbalas atas cadangan projek pengkomputeran baru yang dikemukakan;
- Melaksanakan pembangunan sistem aplikasi komputer dan penyelenggaraan sistem di jabatan/agensi Kerajaan dengan kerjasama pembekal yang telah dilantik;
- Membuat pemantauan dan penyelarasan bagi projek-projek ICT yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Antaranya adalah seperti berikut:
- Sistem Hasil Tanah Johor (SHTJ);
- Sistem Pengurusan Perumahan Perumahan (SPPJ);
- Sistem Pengurusan Perumahan Lot Bumiputera (Putera);
- Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT);
- SISPEN, MyGDI, E-PBT (Teknikal);
- Penyelaras Keselamatan ICT;
- Pelaksanaan Projek-projek E-Government dari Kerajaan Persekutuan.
- Menyelenggara Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor;
- Membuat pemantauan, membantu dan membuat penyelarasan bagi pembangunan Laman Web Jabatan Kerajaan Negeri;
- Merancang, melaksana dan menyelenggara jaringan data LAN, WAN (Intranet) dan kemudahan internet dan e-mel jabatan;
- Merancang, mengkaji dan melaksana polisi keselamatan bagi infrastruktur ICT jabatan, rangkaian intranet dan internet;
- Merancang,melaksana dan menyelenggara peralatan dan prasarana ICT jabatan;
- Merancang dan menganjurkan program teknologi maklumat samada berbentuk kursus, latihan, bengkel, seminar atau pertandingan secara kerjasama dengan jabatan atau pihak yang dikenalpasti bagi Program Pembudayaan IT;
- Menyediakan tempat dan tenaga pengajar bagi latihan/kursus komputer
- Membuat pemantauan serta keberkesanan program-program teknologi maklumat yang telah dan sedang dilaksanakan di jabatan Kerajaan Negeri melalui Program Audit Pengurusan Teknologi Maklumat;
- Menjadi ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan, Teknikal dan Pengguna bagi sistem-sistem Pengkomputeran yang sedang berjalan;
- Menjadi urusetia bagi Jawatankuasa Pengkomputeran Negeri Johor seperti:
- Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Johor;
- Jawatankuasa Perlupusan Peralatan Komputer Negeri Johor;
- Jawatankuasa Sebutharga dan Tender bagi Perolehan Berkaitan Teknologi Maklumat.
Latarbelakang
Piagam Pelanggan
Carta Organisasi