Info Jabatan

Bahagian / Unit:Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor
Alamat:Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor,
Aras 2, Bangunan Sultan Ismail, Sayap Selatan
Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.
Ketua Jabatan:Shubanah Binti Yusuf
Tel:07-2666176 / 07-2666177
Faks:07-2661005

Motto

Bertindak Ke Arah Kecemerlangan

Objektif

Memastikan semua urusan pentadbiran, kewangan, pelaksanaan Persidangan Dewan Negeri dan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan, Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa serta Mesyuarat bagi Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diwujudkan di bawah kuasa Dewan Negeri Johor dengan efisien.

Visi

Sentiasa Amanah, Jujur dan Tetap Pada Masa

Misi

  • Bertindak sebagai agensi yang menerima dan mendaftar kertas kerja mesyuarat untuk dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan tepat pada masa, lengkap dan teratur. Menyampaikan keputusan-keputusannya kepada jabatan dalam tempoh yang ditentukan.
  • Menentukan semua Persidangan Dewan Negeri, Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Raya, Jawatankuasa Hak Kebebasan Dewan, Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dan Perintah Tetap diselenggara dengan sempurna.
  • Meningkatkan kefahaman anggota kerja untuk lebih jujur, amanah dalam menyelenggara semua dokumen rahsia kerajaan.

Fungsi

  1. Menerima, mendaftar dan membuat ringkasan mesyuarat bagi kertas-kertas kerja beserta perakuan-perakuan yang diputuskan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan dan dengan segera menyiapkan serta menyampaikan keputusan-keputusannya kepada jabatan-jabatan yang berkenaan.
  2. Mengurus dan menentukan kesempurnaan urusan Persidangan Dewan Negeri dan Mesyuarat-Mesyuarat Jawatankuasa yang diwujudkan dibawah kuasa Dewan Negeri Johor disusuli dengan memastikan Minit dan Penyata Rasmi bagi tiap-tiap Persidangan dan Mesyuarat itu disampaikan kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri dan pihak-pihak yang berkenaan.
  3. Mengawal dan menjaga rapi segala RAHSIA KERAJAAN untuk menjamin ianya terpelihara dengan sempurna.