Jejak Johor
Aplikasi Jejak Kontak Komuniti Negeri Johor
Tujuan
Membantu pengguna mengawasi status kesihatan diri berdasarkan rekod kontak dengan pengguna lain sekali gus membantu menyekat penularan COVID-19.
Manfaat
Aplikasi menyimpan rekod kontak-kontak pengguna secara automatik. Memudahkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk mengenal pasti kontak – kontak pengguna dan menghubungi mereka, sekiranya ada kemungkinan dijangkiti COVID-19.
Kaedah
Aplikasi akan menyimpan rekod kontak apabila telefon pintar pengguna berada dalam jarak 1 meter dengan telefon pintar pengguna lain, menggunakan gelombang bluetooth. Lokasi pengguna tidak akan dijejak.
- Pastikan GPS dan bluetooth anda terpasang Muat turun aplikasi Jejak Johor daripada Google Play Store. Nantikan makluman muat turun daripada Apple App Store.
- Daftar menggunakan nombor telefon bimbit yang berdaftar untuk memudahkan pengguna dihubungi Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
- Pengguna perlu bersetuju dengan Terma dan Syarat penggunaan aplikasi, pastikan bluetooth sentiasa terpasang, memberikan kebenaran untuk penyaluran notifikasi.
- Satu ID unik akan diberikan kepada pengguna Sila pastikan aplikasi ini sentiasa aktif sepanjang pandemik COVID-19
Apps
Akan datang di Apple Store