Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibawah Akta pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1986 sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Majlis Agama Islam Johor dengan ini memaklumkan bahawa urusan berkaitan PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH di NEGERI JOHOR dilaksanakan secara dalam talian melalui saluran-saluran berikut:

Setelah mengambil kira nasihat dan pandangan yang dikemukakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor, demi untuk menjaga maslahah dan keselamatan amil fitrah daripada risiko penularan dan jangkitan wabak COVID-19, MAINJ memutuskan bagi tahun 1441H bersamaan 2020M ini, “amil fitrah tidak ditugaskan membuat pungutan zakat fitrah”. Segala pembayaran boleh dibuat melalui medium pembayaran secara dalam talian di atas.

Kenyataan Sidang media dan FAQ berkenaan bayaran zakat fitrah secara dalam talian boleh dilayari di laman web rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Manual Pengguna

Muat Turun PDF berkaitan Zakat Fitrah Majlis Agama Islam Johor