Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

Semua Ketua Jabatan Negeri,
Semua Ketua Jabatan Persekutuan,
Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor,
Semua Agensi Swasta dan Badan Berkanun,

Yang Berhormat Dato’/YBhg. Datuk/Tuan/Puan,

SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk perhatian Yang Berhormat Dato’/YBhg. Datuk/Tuan/Puan, Percanangan Dalam Jumaah Majlis DiRaja Johor Bil : l /2018 bertarikh 12 Februari 2018 memaklumkan bahawa Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada hari Jumaat, 23 Mac 2018 adalah ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Walau bagaimanapun Hari Kelepasan Am Negeri pada 23 Mac 2018 adalah dikekalkan.

3. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa TIADA pemasangan bendera/gegantung sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sehingga tarikh baharu ditetapkan. Acara-acara sampingan (seperti acara sukan) Sempena Hari Keputeraan Rasmi juga ditangguhkan.

4. Kerjasama dan perhatian Yang Berhormat Dato’/YBhg. Datuk/Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

(DR. HAJI BADRUL HISHAM BIN HASSIM)
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)
b.p Setiausaha Kerajaan
Johor