Surat Edaran boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
Halaman Surat Edaran

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian YB Dato’ / Ydh. Dato’ / Tuan / Puan kepada perkara di atas.

2.  Selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bertarikh 5 Oktober 2016, Lagu Muafakat Johor boleh dimainkan sama ada sebelum majlis bermula, semasa persembahan muzik (jika ada) atau lain-lain masa di sepanjang majlis.

3.  Oleh yang demikian, hanya Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku wajib dimainkan pada awal majlis sebagaimana sebelum ini.

4.  Surat pentadbiran ini bil. (24) dalam siri yang sama bertarikh 28 September 2016 adalah DIBATALKAN.

5.  Mohon kerjasama YB Dato’ / Ydh. Dato’ / Tuan / Puan untuk mengambil perhatian dan tindakan dalam perkara ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan),
b.p Setiausaha Kerajaan,
Johor.