Unit Undang-Undang

  • Pentadbir Portal 1

Info Jabatan

Bahagian / Unit : Unit Undang-Undang
Alamat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
(Unit Undang-Undang),
Aras 3,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor
Ketua Jabatan : Tiada
Tel :
Faks : 07-290 8111

Objektif

Meningkatkan mutu perkhidmatan undang-undang yamg berkualiti dan berkesan mengikut perlembagaan, undang-undang dan peraturan perkhidmatan awam.

Visi

Menjadi sebuah unit yang efektif dan efisyen dalam pematuhan perundangan, polisi dan peraturan sedia ada yang digunapakai di Negeri Johor.

Misi

Memastikan perkhidmatan perundangan yang diberikan selaras dengan undang-undang, polisi dan peraturan sedia ada.

Fungsi

  1. Menyemak draf perjanjian-perjanjian dan MOU bagi pihak Kerajaan Negeri Johor mengenai perkara-perkara yang melibatkan kerajaan Negeri yang berkaitan dengan peranan dan fungsi jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
  2. Menguruskan perjanjian daripada jabatan luar untuk ditandatangani oleh YB Setiausaha Kerajaan Johor.
  3. Memberi penjelasan kepada maksud peruntukan undang-undang kepada jabatan-jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
  4. Bertindak sebagai Urus Setia Lembaga Pengampunan Negeri Johor :
    1. Banduan di penjara
    2. Tahanan tidak sempurna akal di Hospital Psikiatrik
    3. Tahanan Limpah Sultan
  5. Pewartaan :
    1. Pegawai Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor
    2. Ahli Lembaga Pengampunan Negeri Johor
    3. Apa-apa peruntukan undang-undang yang berkaitan untuk diwartakan
  6. Menerima dan mengemukakan tuntutan saman sivil terhadap Kerajaan Negeri Johor kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
  7. Perantara antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Penjara Negeri Johor bagi pencalonan Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Johor

    Piagam Pelanggan

    1. Menguruskan perjanjian yang diterima untuk tandatangan Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor dalam tempoh 3 hari bekerja.
    2. Menjawab surat-surat permohonan rayuan daripada waris banduan dalam tempoh 7 hari bekerja.
    3. Memastikan semua dokumen terperingkat selamat dalam simpanan pejabat.
    4. Memastikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor bersidang sekurang-kurangnya sekali setahun.
    5. Mengemukakan tuntutan saman sivil yang diterima kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dengan serta-merta.
    6. Memproses perintah penahanan di bawah 348(2) Kanun Prosedur Jenayah apabila telah menerima perintah penahanan di bawah seksyen 348(1) Kanun Prosedur Jenayah dari Mahkamah atau Hospital Psikiatrik.
    7. Mengemukakan cadangan warta pelantikan yang telah disahkan dan diluluskan kepada Percetakan Nasional Berhad untuk diwartakan di dalam Warta Kerajaan Negeri Johor.