Unit Pengurusan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI)

Bahagian / Unit:Unit Pengurusan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI)
Alamat:Unit Pengurusan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI),
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,
Aras 2,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor
Ketua Jabatan:Mohd Shahrizan bin Sahid
Tel:07-2666058
Faks: 07-2661188

Objektif

  1. Memastikan produktiviti jabatan dalam penyampaian perkhidmatan adalah ditahap yang paling berkualiti.
  2. Mengoptimumkan kehendak dan harapan pelanggan dalaman dan luaran di dalam penyampaian perkhidmatan yang disediakan.

Visi

SSI sebuah organisasi pemangkin kemajuan Negeri dalam perkhidmatan mengurus tadbir harta tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri melalui SSI.

Misi

Menjalankan pengurusan  hartanah secara telus, efektif dan efisien.

Motto

“Bersama Mencapai Kemajuan Negeri Johor”

Fungsi

  • Memproses permohonan pajakan dan sewaan tanah milik SSI.
  • Menyediakan perakuan kepada PBN/MMK bagi mendapatkan kelulusan pajakan dan sewaan
  • Mengurus dan menyelenggara rekod/inventori tanah milik SSI
  • Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama pemohon sewa dan pajakan
  • Mengurus dan menyelenggara rekod kutipan bayaran pajakan dan sewaan tanah milik SSI
  • Merancang pungutan hasil pendapatan kepada Kerajaan Negeri
  • Mengurus pembayaran cukai tanah berkaitan tanah-tanah milik SSI
  • Menyediakan laporan dan ulasan kepada jabatan berkaitan bagi pembangunan yang melibatkan tanah-tanah milik SSI
  • Mengemukakan permohonan tanah ke Pejabat Tanah Daerah
  • Menjalankan proses pemantauan ke atas tanah-tanah yang telah disewa dan dipajak – penyediaan laporan
  • Memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan ke atas penerokaan tanah milik SSI secara haram
  • Menyemak kembali draf perjanjian pajakan & sewaan agar selaras dengan kelulusan PBN/MMK sebelum dihantar kepada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Johor (PUNJ) dan di meterai.

Piagam Pelanggan

  1. Memproses peringkat awalan permohonan pajakan tanah milik SSI dalam tempoh dua minggu.
    1. Menerima borang permohonan yang lengkap sahaja
    2. Daftar permohonan dan buka fail;
    3. Mengadakan mesyuarat bersama bakal pemajak
  2. Merujuk kepada unit teknikal untuk lawatan tapak, pelan dan laporan tanah dalam tempoh dua minggu;
  3. Menghantar laporan tanah beserta pelan kepada jabatan penilaian dan perkhidmatan harta (JPPH) bagi mengetahui nilaian semasa hartanah dalam tempoh (1) bulan/empat (4) minggu;
  4. Menyediakan draf kertas perakuan bagi pertimbangan pihak berkuasa negeri bagi semakan YB Dato’ SUK dalam tempoh dua (2) minggu;
  5. Menyediakan kertas perakuan bagi pertimbangan pihak berkuasa negeri bagi semakan YB Dato’ SUK dalam tempoh (1) selepas mendapat persetujuan YB Dato’ SUK.
  6. Menyediakan surat makluman kepada pemajak dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh terima keputusan MMKJ termasuk terma dan syarat kelulusan pajakan:-
    1. Pemajak sediakan draf perjanjian dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh terima surat pemakluman;
    2. Draf perjanjian dirujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor (PUUNJ) untuk semakan dalam tempoh tiga (3) minggu
    3. Membuat bayaran pajakan dalam tempoh satu (1) bulan selepas perjanjian dimuktamadkan;
  7. Melengkapkan instrument pajakan tanah (Borang KTN 15A) dalam tempoh tiga (3) minggu.
NamaMohd Shahrizan bin Sahid
JawatanKetua Unit
GredN48

Pendidikan

  1. Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah), UTM
  2. Sarjana Muda Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Universiti Teknologi Malaysia

Jabatan Pernah Bertugas

TempohJabatanJawatan
02.02.2007 (Kontrak)- 01.09.2009Pejabat Tanah dan Galian JohorPenolong Pengarah (Pendaftaran Hakmilik)
02.09.2009-07.08.2011Pejabat Tanah dan Galian JohorPenolong Pengarah (Pendaftaran Hakmilik)
08.08.2011-02.06.2013Pejabat Tanah Kota TinggiPenolong Pentadbir Tanah I (Pembangunan Tanah & Pelupusan)
03.06.2013-31.08.2015Pejabat Menteri  BesarSetiausaha Sulit kepada YAB Menteri Besar Johor
01.09.2015Unit Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan JohorPegawai Tadbir
KiniUnit Pengurusan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI)Ketua Unit
Bantu kami perbaiki perkhidmatan kami dengan maklumbalas anda.
Kajian Kepuasan Pelawat Portal
close-image
X