Audit Dalam

Bahagian / Unit:Audit Dalamuad_ketua_jabatan
Alamat:Audit Dalam,
Aras 1,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79000 Iskandar Puteri, Johor
Ketua Jabatan:Tuan Haji Mohd. Idris Bin Kaparawi
Tel:07-2666150
Faks:

Objektif

  1. Membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
  2. Bertindak sebagai penyokong dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berterusan serta mewujudkan tenaga kerja yang berilmu, berkemahiran serta bertanggungjawab.
  3. Menyediakan dan memberi kemudahan perolehan maklumat terkini serta menyeluruh terhadap prosedur jabatan/agensi kerajaan kepada masyarakat bagi menjamin ketelusan sistem penyampaian dan perkhidmatan pelanggan.

Fungsi

  • Menilai secara teratur dan sistematik operasi jabatan / agensi kerajaan dari segi kesempurnaan, kecekapan, keekonomian dan keberkesanannya.
  • Mencadangkan tindakan yang harus diambil untuk meningkatkan kawalan dalaman yang perlu bagi:
    • pengurusan kewangan, perakaunan dan operasi yang kukuh;
    • memastikan pematuhan terhadap dasar, undang-undang, peraturan, prosedur dan pekeliling;
    • menentukan keberkesanan, kecekapan dan keselamatan penggunaan ICT;
    • memastikan aset dan kepentingan jabatan / agensi kerajaan dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan; dan
    • membantu mengukuhkan kesempurnaan semua rekod, perakaunan, sistem maklumat pengurusan dan kawalan dalaman sedia ada.
  • Mencadangkan tindakan yang harus diambil oleh jabatan / agensi kerajaan apabila penipuan, peyelewengan dan ketidakcekapan telah dikesan.
  • Memastikan ketua jabatan / agensi kerajaan mengambil tindakan terhadap teguran yang dibangkitkan.
  • Mengaudit dan memantau prestasi perbelanjaan pembangunan jabatan-jabatan kerajaan yang memperolehi peruntukan pembangunan.
  • Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam kepada Jawatankuasa Audit Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Membentangkan laporan audit dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit Kerajaan Negeri Johor.
  • Menjalankan penyiasatan yang diarahkan oleh Setiausaha Kerajaan Johor dan Jawatankuasa Audit Kerajaan Negeri Johor dari semasa ke semasa.
  • Menjalankan kajian prestasi bagi mengenalpasti kesempurnaan, kecekapan, keekonomian dan keberkesanan sesuatu program atau projek jabatan.
  • Memantau dan menyelaras penemuan di dalam Laporan Ketua Audit Negara.
  • Memberi maklumbalas dan laporan kepada Kementerian Kewangan Malaysia serta Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Visi

Menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan akauntibiliti tadbir urus jabatan/agensi kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Johor.

Misi

Melaksanakan pengauditan secara professional, berintegriti, berkualiti dan telus kearah meningkatkan akauntibiliti tadbir urus jabatan/agensi kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Johor.

X