Audit Dalam

  • Pentadbir Portal 1

Info Jabatan

Bahagian / Unit : Audit Dalam
Alamat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,
Unit Audit Dalam,
Aras 1,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79000 Iskandar Puteri, Johor
Ketua Jabatan : Puan Afzan binti Azhari
Tel : 07-2666150
Faks : 07-2661034

Objektif

  • Membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
  • Bertindak sebagai penyokong dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berterusan serta mewujudkan tenaga kerja yang berilmu, berkemahiran serta bertanggungjawab.
  • Menyediakan dan memberi kemudahan perolehan maklumat terkini serta menyeluruh terhadap prosedur jabatan/agensi kerajaan kepada masyarakat bagi menjamin ketelusan sistem penyampaian dan perkhidmatan pelanggan.

Visi

Menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan akauntibiliti tadbir urus jabatan/agensi kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Johor.

Misi

Melaksanakan pengauditan secara professional, berintegriti, berkualiti dan telus kearah meningkatkan akauntibiliti tadbir urus jabatan/agensi kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Johor.

Fungsi

  • Menilai secara teratur dan sistematik operasi jabatan / agensi kerajaan dari segi kesempurnaan, kecekapan, keekonomian dan keberkesanannya.
  • Mencadangkan tindakan yang harus diambil untuk meningkatkan kawalan dalaman yang perlu bagi:
    • pengurusan kewangan, perakaunan dan operasi yang kukuh;
    • memastikan pematuhan terhadap dasar, undang-undang, peraturan, prosedur dan pekeliling;
    • menentukan keberkesanan, kecekapan dan keselamatan penggunaan ICT;
    • memastikan aset dan kepentingan jabatan / agensi kerajaan dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan; dan
    • membantu mengukuhkan kesempurnaan semua rekod, perakaunan, sistem maklumat pengurusan dan kawalan dalaman sedia ada.
  • Mencadangkan tindakan yang harus diambil oleh jabatan / agensi kerajaan apabila penipuan, peyelewengan dan ketidakcekapan telah dikesan.
  • Memastikan ketua jabatan / agensi kerajaan mengambil tindakan terhadap teguran yang dibangkitkan.
  • Mengaudit dan memantau prestasi perbelanjaan pembangunan jabatan-jabatan kerajaan yang memperolehi peruntukan pembangunan.
  • Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam kepada Jawatankuasa Audit Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Membentangkan laporan audit dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit Kerajaan Negeri Johor.
  • Menjalankan penyiasatan yang diarahkan oleh Setiausaha Kerajaan Johor dan Jawatankuasa Audit Kerajaan Negeri Johor dari semasa ke semasa.
  • Menjalankan kajian prestasi bagi mengenalpasti kesempurnaan, kecekapan, keekonomian dan keberkesanan sesuatu program atau projek jabatan.
  • Memantau dan menyelaras penemuan di dalam Laporan Ketua Audit Negara.
  • Memberi maklumbalas dan laporan kepada Kementerian Kewangan Malaysia serta Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
  • Mengemukakan Laporan Audit Pengurusan kepada auditi dalam tempoh 1 bulan dari tarikh penerimaan Laporan Audit yang lengkap daripada Pasukan Audit Pengurusan.
  • Mengemukakan Laporan Audit Pengurusan Kewangan (AI) kepada auditi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pemeriksaan audit.
  • Mengemukakan Laporan Audit Prestasi kepada auditi dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemeriksaan audit.
  • Mengemukakan Laporan Pemeriksaan Mengejut kepada auditi dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pemeriksaan audit.
  • Mengemukakan Laporan Audit Pengurusan Perolehan kepada auditi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pemeriksaan audit.
  • Mengemukakan Laporan Audit Pengurusan Aset Kerajaan kepada auditi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pemeriksaan audit.
  • Mengemukakan Laporan Pemantauan Audit kepada auditi mengikut keutamaan isu-isu yang dibangkitkan sama ada dalam Laporan Ketua Audit Negara atau Laporan Unit Audit Dalam.
  • Mengemukakan Laporan Susulan Audit kepada auditi mengikut keutamaan isu-isu yang dibangkitkan sama ada dalam Laporan Ketua Audit Negara atau Laporan Unit Audit Dalam.
  • Mengemukakan Laporan Pemeriksaan Baki Awal Aset kepada Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor mengikut arahan pihak atasan dari semasa ke semasa.
  • Mengemukakan Laporan Siasatan atas arahan pihak atasan mengikut keperluan audit dan isu-isu yang dibangkitkan.
  • Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan yang telah diluluskan oleh YB Setiausaha Kerajaan Johor kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Januari tahun semasa.
  • Mengemukakan Laporan Tahunan Audit Dalam kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya 31 Mac tahun berikutnya.