Bahagian Kerajaan Tempatan

Bahagian / Unit:Bahagian Kerajaan Tempatan 
Alamat:Bahagian Kerajaan Tempatan,
Aras 2,
Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor
Ketua Jabatan:Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed
Tel:07-2666380 / 07-2666390
Faks:07-2909290

Objektif

Objektif Jabatan terbahagi kepada tiga dan ianya berteraskan kepada prinsip-prinsip Dasar Ekonomi Baru:

  1. Meninggikan kualiti hidup komuniti tempatan dengan mengadakan prasarana yang lengkap sejajar dengan Dasar Kerajaan.
  2. Mengadakan khidmat bantuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan.
  3. Menyalurkan Undang-Undang dan Dasar-Dasar Kerajaan daripada Kementerian yang telah diluluskan/ditimbangkan oleh Kerajaan Negeri supaya dilaksanakan.

Visi

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Kerajaan Tempatan sebagai peneraju transformasi ke arah Pihak Berkuasa Tempatan, Zoo Negeri Johor dan Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Muar yang unggul.

Misi

Sebagai agensi utama kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam memberikan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan dinamik termasuk pengurusan Zoo Negeri Johor dan Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Muar yang mesra pengunjung ke  arah pembangunan dan kehidupan yang mampan dan sejahtera.

Fungsi

  • Menggunapakai semua arahan di bawah punca-punca kuasa di atas untuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Bahagian Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor.
  • Merangka dasar-dasar kerajaan yang terkini bagi kelulusan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi digunapakai di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Bahagian Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor.
  • Bertanggungjawab dalam proses menimbalguna segala Undang-Undang dan Dasar-Dasar Kerajaan Persekutuan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor (MMK) dan pelaksanaannya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor.
  • Menyelaras pembangunan sistem ICT peringkat negeri dan persekutuan untuk digunapakai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Bahagian kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa tempatan Negeri Johor.
  • Sebagai pusat tanggungjawab dalam urusan pengawalan perbelanjaan pembangunan dan pemantauan prestasi fizikal projek yang diberikuasa oleh kerajaan negeri dan persekutuan.
  • Bertanggungjawab terhadap segala urusan kewangan termasuk penyediaan Bajet, Audit Pengurusan Kewangan , Penyata Kewangan, Penilaian Semula dan Pengenaan Kadar, Pengurusan Tunggakan Cukai dan lain-lain untuk memantapkan kedudukan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor.
  • Bertanggungjawab terhadap segala urusan kewangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Kerajaan Tempatan termasuk penyediaan Bajet, urusan kutipan hasil, penyelenggaraan akaun amanah, pengurusan aset jabatan dan lain-lain.
  • Bertanggungjawab dalam proses pelantikan Ahli Majlis, Ahli Penasihat, Ahli Pemerhati dan Ex-Officio Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor; Penubuhan Yayasan PBT dan Pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan (ALPA) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor serta Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor secara berkala.
  • Pemantauan Program-program Yayasan PBT dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Kerajaan Tempatan di bawah Program Kesejahteraan Bandar.
  • Bertanggungjawab dalam segala pentadbiran dan pengurusan Zoo Negeri Johor, Pusat Rekreasi Kolam Air Panas dan Rumah VIP Muar.
  • Menjadi tonggak dan teras dalam pencapaian 100% Key Performance Indeks (KPI) untuk Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Menjadi urusetia kepada Program-program kerajaan negeri dan persekutuan seperti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keceriaan dan Keindahan Sungai Skudai dibawah Majlis Sumber Air Negeri, urusetia kepada Program Kejiranan Hijau Negeri, Program Transformasi PBT peringkat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Pengerusi Jawatankuasa Penginapan Program Kemahkotaan Kerajaan Negeri.
  • Merangka dan merancang sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang konprehensif yang merangkumi jajaran perhubungan laluan yang menepati jadual perjalanan, keperluan kepada laluan-laluan baru, juga infra pengangkutan awam seperti hentian bas (termasuk mesra OKU), terminal pengangkutan, ruang niaga, laluan pejalan kaki dan ruang parkir.
  • Memantau dan melaksanakan penguatkuasaan bersama-sama COB, MC dan JMB dalam perjalanan pengurusan strata di sesuatu tempat itu berjalan dengan baik.
  • Menyelaras isu dan keperluan berbangkit yang berkaitan dengan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di mesyuarat Jawatankuasa Regional Implementation Commitee di peringkat negeri dan State Level Commitee di peringkat Kementerian.
  • Bertanggungjawab menyelaras program-program persekitaran di antara kerajaan negeri dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan Persekutuan dan pihak Berkuasa Tempatan.
  • Sebagai pusat R&D di Pihak berkuasa Tempatan dan menjadi tempat rujukan PBT dalam bidang persekitaran.
  • Mengumpul dan menganalisa laporan-laporan teknikal kesihatan persekitaran PBT untuk maklumat dan tindakan kerajaan negeri, KPKT dan agensi berkaitan.
  • Mengurus dan memantau program kesihatan persekitaran seperti program 3K, Pembasmian nyamuk aedes, tikus, lalat, lipas dan Pasukan Tindakan Khas (PTK).
  • Urusan penyenaraian serta tindakan terhadap pemilik-pemilik premis yang gagal menjelaskan tunggakan cukai harta, membantu PBT dalam penguatkuasaan lesen dan mengumpul maklumat berkenaan dengan rumah-rumah ibadat dan bengkel haram di PBT.

Piagam Pelanggan

  • Menyalurkan maklumat / arahan Kerajaan Persekutuan / Negeri kepada Pihak Berkuasa Tempatan       dalam masa tujuh (7) hari bekerja.
  • Menyalurkan undang-undang dan Dasar Kerajaan daripada Kementerian yang telah diluluskan / ditimbangguna oleh Kerajaan Negeri dalam masa tujuh (7) hari bekerja kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Menghantar baucer-baucer yang telah lengkap dengan dokumen sokongan kepada jabatan Akauntan Negara / Perbendeharaan Negeri dalam masa sepuluh (10) hari bekerja.
  • Menyediakan kertas kerja permohonan Tambahan / Pindah Peruntukan yang telah lengkap dimajukan oleh pihak Berkuasa Tempatan kepada Kerajaan Negeri dalam masa tujuh (7) hari bekerja.

Nama:Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed
Jawatan:Setiausaha Bahagian
Gred:N54

Pendidikan

  1. Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian
    (Universiti Pertanian Malaysia)

Jabatan Pernah Bertugas

Bil.JawatanJabatanTempoh
1.Penolong Pentadbir TanahPejabat Tanah Segamat01.02.1993 – 31.12.2003
2.Penolong SetiausahaPejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Cawangan Perumahan1.1.2004 – 31.12.2004
3.Penolong Pentadbir TanahPejabat Tanah Pontian1.1.2005 – 1.3.2006
4.SetiausahaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor2.3.2006 – 31.12.2007
5.SetiausahaMajlis Perbandaran Kluang1.1.2008 – 31.5.2011
6.Pentadbir TanahPejabat Tanah Segamat1.6.2011 – 2.07.2016
7.Timbalan Pengarah Unit Swadaya Negeri JohorUnit Perancang Ekonomi3.07.2016 – 31.12.2017
8.Setiausaha BahagianPejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Kerajaan Tempatan1.1.2018 – Sekarang
X