Bas Muafakat Johor

Mengenai Bas Muafakat Johor

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat serta di kendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah dikenalpasti.

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor diberikan secara percuma kepada seluruh warganegara. Laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor merangkumi 15 laluan di wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang dan Kulai.

Sebanyak 30 buah bas akan dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan Kemudahan Internet Percuma (WIFI)

Bagi mendapatkan perkhidmatan Bas Muafakat ini, pengguna perlu mendaftar dan mendapatkan Kad Muafakat Johor.

Maklumat Lanjut Bas Muafakat Johor
X