Pejabat Menteri Besar Johor

  • Pentadbir Portal 1

Info Jabatan

Bahagian / Unit : Pejabat Menteri Besar Johor
Alamat : Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 4,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri
Ketua Jabatan : Dr. Haji Joharudin bin Samion @ Mingan
Tel : +607-266 6355 / +607-266 6365
Faks : +607-290 8091

Visi

Memenuhi Aspirasi Rakyat Dan Kerajaan Ke Arah Sebuah Negara Maju

Misi

Melaksanakan Pengurusan Dan Penyampaian Perkhidmatan Yang Cekap, Bertanggungjawab Dan Berintegriti

Objektif

Memastikan kelancaran urusan YAB Menteri Besar Johor dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Johor

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

  • Memastikan urusan pentadbiran dan kewangan diurus dengan cekap dan efisen.
  • Memberi perkhidmatan pengurusan pelanggan berkaitan portfolio YAB Menteri Besar Johor secara cekap, cepat, mesra dan responsif terhadap kehendak pelanggan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

  • Memastikan peruntukan-peruntukan pembangunan dibawah kawalan Pejabat Menteri Besar Johor dibelanjakan dengan cekap dan berkesan serta sampai kepada kumpulan sasar yang ditentukan.

BAHAGIAN AKHBAR

  • Menentukan kata alu-aluan, teks ucapan dan perutusan YAB Menteri Besar Johor mempunyai mesej yang padat dan bertepatan dengan acara-acara yang dijalankan.

BAHAGIAN POLITIK

  • Membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang memahami inspirasi dan cita-cita kerajaan yang memerintah melalui pelbagai aktiviti-aktiviti ebrsama organisasi siasah dan masyarakat.

BAHAGIAN MEDIA DAN KOMUNIKASI

  • Memberi perkhidmatan untuk membantu Kerajaan Negeri Johor khususnya Pejabat Menteri Besar Johor dalam penyebaran maklumat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat melalui media massa, media cetak dan media elektronik.

Fungsi

Selaras dengan perubahan dan keperluan semasa dan bagi mencapai wawasan dan objektif Pejabat Menteri Besar Johor, sebanyak lima (5) Bahagian dan fungsi yang berbeza diketuai Setiausaha Sulit Kanan Kepada YAB Menteri Besar Johor ( Pegawai Tadbir Gred N52 ) telah ditubuhkan iaitu:-

  • Bahagian Pentadbiran & Kewangan.
  • Bahagian Pembangunan
  • Bahagian Akhbar
  • Bahagian Politik
  • Bahagian Media dan Komunikasi.

Piagam Pelanggan

  1. Menyediakan baucer bayaran dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh tuntutan yang lengkap diterima untuk diserahkan kepada Bendahari Negeri Johor bagi tujuan pembayaran.
  2. Memproses permohonan peruntukan pembangunan daripada wakil rakyat / jabatan/ pertubuhan dalam tempoh 10 hari bekerja.
  3. Mengeluarkan waran peruntukan kecil kepada agensi-agensi pelaksana dalam tempoh 5 hari bekerja selepas mendapat kelulusan pegawai penguasa.
  4. Memastikan keputusan Kebenaran Pindahmilik Tanah Dikeluarkan kepada PTD dan PTGJ dalam Tempoh tiga (3) hari bekerja selepas kelulusan daripada YAB MBJ diperolehi.
  5. Memastikan Keputusan  Pengambilan Balik Tanah  Dikeluarkan Dalam Tempoh Masa tiga (3) Hari Bekerja selepas kelulusan daripada YAB MBJ diperolehi
  6. Setiap aduan mengenai Pejabat Menteri Besar Johor diambil tindakan segera manakala aduan lain disalurkan kepada agensi/ jabatan yang berkaitan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh diterima
  7. Menjawab surat-surat undangan Y.A.B Menteri Besar Johor dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh surat diterima.
  8. Menyediakan perutusan Y.A.B Menteri Besar Johor selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum majlis berlangsung