Bahagian Khidmat Pengurusan

  • Pentadbir Portal 1

Info Jabatan

Bahagian / Unit : Bahagian Khidmat Pengurusan
Alamat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Aras 1,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor
Ketua Jabatan : Puan Nurul Farahdila binti Jaafar
Tel : +607-266 6070 / +607-266 6071
Faks : +607-2908077 / +607-2909955

Visi

Ke arah pemantapan pengurusan kerajaan yang efektif dan efisyen untuk mencapai wawasan Negeri Johor

Misi

Mewujudkan tadbir urus yang cekap serta berkualiti melalui khidmat pengurusan, khidmat protokol, pengurusan bangunan dan aset serta pengurusan kewangan.

Objektif

Menentukan segala urusan hal ehwal Pentadbiran, Protokol, Kewangan, Bangunan Dan Aset dan Belanjawan dilaksanakan dengan cekap dan baik emngikut penentuan dan arahan-arahan dari semasa ke semasa.

  1. Melahirkan pentadbiran yang cekap berkesan serta menyediakan perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan keperluan rakyat.
  2. Melaksanakan dan mengawasi pelaksanaan dasar-dasar kerajaan negeri dalam urusan pentadbiran , perkhidmatan , sosio ekonomi dan kebudayaan.
  3. Menimbalguna dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan persekutuan yang berkaitan dengan dasar Pentadbiran kerajaan Negeri.
  4. Menjalin hubungan yang rapat dalam segala urusan di antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan dan di antara kerajaan Negeri dengan kerajaan Negeri yang lain .

Piagam Pelanggan

  1. Memberikan perkhidmatan berkualiti dengan memberikan layanan mesra pelanggan serta menjamin keselamatan Kota Iskandar.
  2. Memastikan tuntutan dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  3. Memberi khidmat kemudahan pengangkutan kenderaan rasmi jabatan untuk kegunaan orang-orang kenamaan dengan mengikut keutamaan dan kelayakan.
  4. Membantu menguruskan majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta dengan cekap dan berkesan dan sedia memberi bantuan dan khidmat nasihat dalam urusan berkaitan dengan protokol bagi majlis-majlis tersebut.
  5. Memproses semua permohonan dan pembaharuan lesen sebagaimana berikut dalam tempoh 14 hari setelah ulasan lengkap dari Jabatan berkaitan diterima.
    1. Lesen Pelelong
    2. Lesen Menggali dan memindah kubur
    3. Lesen memungut tol
    4. Lesen tuak
    5. Surat-surat sokongan untuk mendapatkan lesen cetak
  6. Kami menjamin semua permohonan untuk menduduki Rumah Kerajaan / Rumah Sewa Kerajaan akan dibawa dan diputuskan oleh Jawatankuasa Perumahan Daerah Johor Bahru dan akan disampaikan keputusan kepada semua pemohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan mesyuarat jawatankuasa.
  7. Meluluskan permohonan kemudahan pinjaman membeli kenderaan dan komputer apabila dokumen lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh diterima permohonan.
  8. Memastikan perhubungan yang baik antara Kerajaan Negeri ini dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri lain, Jabatan-Jabatan Persekutuan dan Negeri, Badan-Badan Berkanun, Sektor Swasta dan Pertubuhan Sukarela.
  9. Memastikan semua dasar-dasar dan keputusan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dimaklumkan kepada semua daerah-daerah.