Majlis Sukan Negeri Johor

  • Pentadbir Portal 1

Info Jabatan

Bahagian / Unit : Majlis Sukan Negeri Johor
Alamat : Majlis Sukan Negeri Johor,
Aras 1,
Bangunan Dato’ Mohamad Ibrahim Munsyi,
Kota Iskandar,
79603 Iskandar Puteri, Johor
Ketua Jabatan : Ts. Mohd Ekmaluddin Ishak
Tel : 07-266 6235 / 2661698/99
Faks : 07-2661215

Objektif

Membentuk kesinambungan usaha yang berterusan di dalam memastikan pembangunan sukan yang lebih seimbang di peringkat akar umbi demi memartabatkan kecemerlangan dan kegemilangan sukan negara dengan berteraskan gabungan usahasama yang lebih mantap di antara agensi kerajaan, persatuan sukan, pihak swasta, jurulatih dan atlit-atlit.

Misi

  • Menjuarai temasya Sukan Malaysia dan kejohanan sukan peringkat kebangsaan.
  • Melahirkan dan membekalkan bakat-bakat sukan yang berprestasi tinggi dan berpotensi untuk mencapai tahap antarabangsa.
  • Mewujudkan sebuah masyarakat yang menjadikan aktiviti sukan sebagai amalan harian.
  • Menjadikan Negeri Johor sebagai hub pengembangan sukan dan destinasi sukan serantau.
  • Menjadi peneraju dan pemangkin kepada industri sukan negara.

Visi

“Johor Juara dan Kontinjen Terbaik Sukma Johor, Kuasa Era Baru Sukan Negara”

Pelanggan

Persatuan-persatuan sukan, penggerak-penggerak, aktivisi -aktivisi sukan, sekolah-sekolah, institut-institut pengajian tinggi, anggota-anggota kerajaan, swasta dan individu-individu.

Perkhidmatan

  • Menghasilkan pegawai dan jurulatih sukan yang berkualiti dan cemerlang.
  • Membentuk dan melahirkan atlet-atlet sukan yang bermutu dan berpotensi tinggi serta berbakat.
  • Menyediakan, menyimpan nota-nota kursus serta menyebarkan maklumat-maklumat sukan kepada yang berkenaan.
  • Memberi khidmat yang cekap dan mesra.
  • Memberi khidmat nasihat dan kerjasama dalam program pendidikan sukan.
  • Mewujudkan budaya kerja maksimum dan berteraskan budaya Majlis Sukan Negeri Johor

BAHAGIAN PENTADBIRAN

  • Pengurusan pentadbiran, pembangunan organisasi dan sumber manusia Majlis Sukan Negeri Johor
  • Pengurusan dalam penglibatan Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Negeri Johor
  • Menjalankan tugas-tugas Urus Setia Majlis Sukan Negeri dan bertanggungjawab kepada Mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Johor

BAHAGIAN KEWANGAN

  • Mengurus dan mengendalikan hal-hal berkaitan kewangan jabatan
  • Mentediakan penyata kewangan & belanjawan tahunan
  • Menyediakan ringkasan mesyuarat di atas perkara-perkara kewangan dan tuntutan berkaitan
  • Menjawab teguran Audit
  • Menguruskan gaji dan elaun anggota Majlis Sukan Negeri Johor
  • Mengawalselia bahan bekalan dan inventori sukan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN

MAJLIS SUKAN DAERAH

  • Memperluas penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan selaras dengan konsep “Sukan Untuk Semua” dan Dasar Sukan Negera untuk mewujudkan masyarakat sihat, cergas dan bersatupadu
    Penyediaan dan pengendalian pusat latihan dan pusat cemerlang di setiap daerah
  • Melaksanakan Program Rakan Sukan di seluruh daerah
  • Mengkaji, merancang, merumus dan memperakukan halatuju pembangunan prasarana dan kemudahan sukan bagi memastikan pembangunan yang seimbang di setiap daerah
  • Merancang, memastikan dan memantau keperluan kewangan tahunan untuk maksud pembinaan dan penyelenggaran kemudahan dan prasarana tersedia agar perlaksanaan projek siap mengikut jadual dan berkualiti

PEMBANGUNAN BAKAT

  • Bertanggungjawab untuk menggalak, membangun dan meningkatkan pencapaian cemerlang dan sukan yang dipertandingkan di peringkat tertinggi untuk menaikkan imej Negeri Johor
  • Menjalankan program pembangunan bakat dan pelapis
  • Bekerjasama dangan MSSJ/ IPT dan badan-badan sukan tempatan bagi memberi ruang yang lebih luas kepada pertubuhan sukan negeri membuat pemilihan dan mengenalpasti atlet yang benar-benar layak dan berpotensi sahaja bagi mewakili negeri
  • Mengawalselia Persatuan Sukan dan Agensi Sukan peringkat Negeri Johor
  • Membantu Persatuan-persatuan Sukan Negeri dalam program-program sukan Prestasi Tinggi melalui bantuan peruntukan kewangan
  • Membantu menasihati persatuan-persatuan sukan dalam bidang pengurusan serta pentadbiran persatuan.

UNIT SUKMA

  • Melaksanakan program latihan dalam negeri
  • Merancang dan melaksanakan persiapan kontinjen menghadapi SUKMA pada setiap 2 tahun sekali
  • Menyelaras program-program sukan berprestasi tinggi yang dianjurkan oleh badan-badan sukan kebangsaan
  • Menyediakan seberapa ramai jurulatih untuk memberi perkhidmatan dalam kejohanan-kejohanan sukan dipelbagai peringkat
  • Menyalurkan skim insentif dan bantuan kewangan bagi menyertai dan mengendalikan kejohanan-kejohanan sukan di peringkat negeri dan kebangsaan
  • Menganalisa dan menyokong bantuan pelajaran kepada atlet-atlet cemerlang dalam bidang akademik dan sukan melalui program dermasiswa
  • Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada atlit-atlit cemerlang dan penggerak sukan melalui Majlis Anugarah Sukan
  • Pengelolaan kursus/ klinik/ seminar jurulatih bagi meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang sukan

BAHAGIAN ATLET DAN SAINS SUKAN

PERUBATAN DAN SAINS SUKAN

  • Menyelaras pengendalian program-program sains sukan bagi tujuan meningkatkan mutu sukan Negeri Johor
  • Menawarkan kursus kepakaran di dalam bidang psikologi sukan, pemakanan, fisiologi sukan, biomekanik, suaian fizikal dan program latihan sukan kepada atlet dan jurulatih
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk tujuan pembanguan sukan prestasi tinggi dengan menggunakan kaedah saintifik dan bersistematik
  • Merancang dan melaksanakan kajian jangja pendek dan panjang di dalam Sains Sukan
  • Mengadakan kursus/ seminar persidangan akademik dan professional peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Merancang dan melaksanakan perkhidmatan ujian biomekanik kepada atlet negeri
  • Merancang dan mengumpul data ujian fisiologi para atlet dan membekalkan psikologi sukan, kaunseling dan latihan mental kepada atlet negeri
  • Menawarkan analisa makanan dan kaunseling pemakanan
  • Bertanggungjawab untuk mengumpul dan mengedar maklumat Sains Sukan kepada atlet, pegawai dan jurulatih
  • Perkhidmatan perubahan sewaktu kejohanan, latihan pusat dan kem sukan
  • Merancang dan bekerjasama menganjurkan kursus perubatan sukan yang melibatkan atlet, jurulatih, pegawai dan kakitangan perubatan
  • Membuat kajian dan pembangunan perubatan sukan
  • Menjadi pusat pemulihan dan pusat fisioterapi
  • Menganjurkan dan melaksanakan kursus fisioterapi sukan dan kursus pemulihan untuk jurulatih, pegawai perubatan dan atlet
  • Membuat ujian “anti-doping” sebelum dan sewaktu kejohanan