Jabatan Landskap Negeri Johor
Bahagian / Unit | : | Jabatan Landskap Negeri Johor |  |
Alamat | : | Jabatan Landskap Negeri Johor, Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor |
Ketua Jabatan | : | Encik Abdul Azim Bin Shamsuddin |
Tel | : | 07-2909090 / 2666223 |
Faks | : | 07-2909094 |
Misi
Menjadikan Johor Sebuah Negeri Dalam Taman Secara Menyeluruh Terancang Dan Bersifat mampan
Visi
- Mewujudkan Negeri Dalam Taman Dengan Persekitaran Kehidupan Yang Selesa, Ceria, Bersih, Dan Indah.
- Mewujudkan ruang landskap dalam setiap projek pembangunan serta menentukan kemudahan rekreasi dan landskap sejajar dengan keperluan pengguna.
- Mewujudkan landskap mampan, berfungsi dan secara menyeluruh di Bandar dan desa.
- Meningkatkan kepenggunaan teknologi peralatan perlandskapan dan kepelbagaian sepsis tanaman landskap.
- Membangunkan pengkalan data maklumat-maklumat perlandskapan.
- Mewujudkan warga johor yang berpengetahuan, berdisiplin dan cintakan persekitaran yang indah serta bersih.
Objektif
- Menggubal dasar serta merangka strategi dan program pembangunan Landskap Negeri Johor
- Mengawal dan memacu pembangunan Landskap Negeri
- Melaksanakan projek-projek pembangunan landskap Negeri
- Menyelaras dan memantau projek Landskap Persekutuan di Johor
- Mendidik masyarakat terhadap fungsi dan kepentingan landskap
Fungsi
- Mewujudkan Negeri Dalam Taman dengan persekitaran kehidupan yang selesa, ceria, bersih dan indah.
- Mewujudkan ruang landskap dalam setiap projek pembangunan serta menentukan kemudahan rekreasi dan landskap sejajar dengan keperluan pengguna.
- Mewujudkan landskap mampan, berfungsi dan secara menyeluruh di bandar dan desa.
- Meningkatkan kepenggunaan teknologi peralatan perlandskapan dan kepelbagaian spesis tanaman landskap.
- Membangunkan pengkalan data maklumat-maklumat perlandskapan.
- Mewujudkan warga Johor yang berpengetahuan, berdisplin dan cintakan persekitaran yang indah serta bersih.
Piagam Pelanggan
- Sentiasa memberi layanan yang mesra apabila berurusan dengan pelanggan.
- Memastikan maklumbalas terhadap terhadap aduan akan diberikan tidak melebihi 2 minggu dari tarikh aduan diterima.
- Memastikan semua tuntutan bayaran dijelaskan dalam tempoh
- 14 hari bagi Projek Negeri
- 14 hari bagi Projek Persekutuan, 7 hari di Pejabat Tanggungjawab (Jabatan Landskap Negeri Johor) dan 7 hari di Akauntan Negara Johor, dari terimaan.
- Melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan dalam belanjawan Jabatan dengan cara terbaik untuk faedah orang ramai sebelum berakhir kewangan tahun semasa.
- Menyelaras permohonan peruntukan pembangunan landskap daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke Jabatan Landskap Negeri dalam tempoh 14 hari dari tarikh tutup tempoh penyelarasan.
- Menyelaras laporan Kempen Tanam Pokok daripada semua pihak Berkuasa Tempatan Johor, Agensi Kerajaan & Swasta di dalam Negeri Johor dalam tempoh 14 hari dari tamat tempoh laporan yang ditentukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan.
- Memastikan program, projek dan aktiviti Jabatan dapat menyambung ke aras pencapaian matlamat “NEGARA INDAH”menjelang 2020.
- Memberi khidmat nasihat yang terbaik kepada Agensi Kerajaan dan Swasta sebulan selepas menerima permohonan.
Nama | : | Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin |
Jawatan | : | Pengarah |
Gred | : | N52 |
Tarikh Lahir | : | 20 Julai 1977 |
Pendidikan
- Sarjana Sains(Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) – Universiti Teknologi Malaysia
- Sarjana Muda Pengurusan (Kep.) Teknologi – Kewangan, Universiti Teknologi Malaysia
Jabatan Pernah Bertugas
Bil. | Tempoh | Jabatan |
---|
1. | 16.12.2004 – 31.12.2004 | Pejabat SUK Bahagian Pengurusan Sumber Manusia |
2. | 1.1.2005 – 31.1.2006 | Pejabat Tanah Johor Bahru |
3. | 1.2.2006 – 31.1.2011 | Pejabat SUK Bahagian Kerajaan Tempatan |
4. | 1.2.2011 – 17.7.2011 | Pejabat Tanah Batu Pahat |
5. | 18.7.2011 – 15.8.2015 | Setiausaha Kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa, Pejabat Dewan Negeri Johor |
6. | 16.8.2015 -16.1.2017 | Majlis Agama Islam Negeri Johor |
7. | 17.1.2017 – Kini | Jabatan Landskap Negeri Johor |