Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor

Bahagian / Unit:Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johorjurutulis_ketua_jabatan
Alamat:Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor,
Aras 2, Bangunan Sultan Ismail, Sayap Selatan
Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.
Ketua Jabatan:Shubanah Binti Yusuf
Tel:07-2666176 / 07-2666177
Faks:07-2661005

Motto

Bertindak Ke Arah Kecemerlangan

Objektif

Memastikan semua urusan pentadbiran, kewangan, pelaksanaan Persidangan Dewan Negeri dan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan, Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa serta Mesyuarat bagi Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diwujudkan di bawah kuasa Dewan Negeri Johor dengan efisien.

Visi

Sentiasa Amanah, Jujur dan Tetap Pada Masa

Misi

  • Bertindak sebagai agensi yang menerima dan mendaftar kertas kerja mesyuarat untuk dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan tepat pada masa, lengkap dan teratur. Menyampaikan keputusan-keputusannya kepada jabatan dalam tempoh yang ditentukan.
  • Menentukan semua Persidangan Dewan Negeri, Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Raya, Jawatankuasa Hak Kebebasan Dewan, Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dan Perintah Tetap diselenggara dengan sempurna.
  • Meningkatkan kefahaman anggota kerja untuk lebih jujur, amanah dalam menyelenggara semua dokumen rahsia kerajaan.

Fungsi

  1. Menerima, mendaftar dan membuat ringkasan mesyuarat bagi kertas-kertas kerja beserta perakuan-perakuan yang diputuskan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan dan dengan segera menyiapkan serta menyampaikan keputusan-keputusannya kepada jabatan-jabatan yang berkenaan.
  2. Mengurus dan menentukan kesempurnaan urusan Persidangan Dewan Negeri dan Mesyuarat-Mesyuarat Jawatankuasa yang diwujudkan dibawah kuasa Dewan Negeri Johor disusuli dengan memastikan Minit dan Penyata Rasmi bagi tiap-tiap Persidangan dan Mesyuarat itu disampaikan kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri dan pihak-pihak yang berkenaan.
  3. Mengawal dan menjaga rapi segala RAHSIA KERAJAAN untuk menjamin ianya terpelihara dengan sempurna.

Piagam Pelanggan

  • Menerima, mendaftar dan membuat ringkasan mesyuarat bagi kertas kerja mesyuarat beserta perakuan-perakuan yang diputuskan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan seterusnya menyampaikan keputusan-keputusannya kepada jabatan-jabatan yang berkenaan dengan segera.
  • Mengurus dan menentukan kesempurnaan urusan Persidangan Dewan Negeri dan Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Raya, Jawatankuasa Hak Kebebasan Dewan dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dan Perintah Tetap disusuli dengan memastikan Minit dan Penyata Rasmi bagi tiap-tiap persidangan dan mesyuarat itu disampaikan kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri dan pihak-pihak yang berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Menguruskan hal-ehwal mesyuarat dan persidangan serta kegiatan yang berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap Speaker-Speaker Se-Malaysia dan Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Johor.
  • Mengamati dan menyempurnakan urusan yang bersabit dengan segala hak kebebasan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Dewan Negeri selaras dengan keperluan serta peraturan semasa.
  • Mengawal dan menjaga rapi segala RAHSIA KERAJAAN untuk menjamin ianya terpelihara dengan sempurna.

jurutulis_ketua_jabatan

Nama:Shubanah Binti Yusuf
Jawatan:Ketua Penolong Setiausaha
Gred:N48 (Memangku N52)
Tarikh Lahir:7 November 1972
Mula Berkhidmat di SUKKT:18 Julai 2011
Jabatan sebelum:Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor

Pendidikan

  1. Ijazah Sarjana Muda Sastera & Sains Sosial Dengan Kepujian
  2. Ijazah sarjana Pentadbiran & Pembangunan Tanah

Jabatan Pernah Bertugas

Bil.DesinationAgencyYear
1.Pejabat Tanah dan Galian Johor05 Ogos 1997
2.Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Cawangan Pentadbiran01 Januari 2005
3.Penolong PengarahUnit Perancang Ekonomi Negeri Johor07 Ogos 2006
4.Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Kerajaan Tempatan18 Julai 2011
5.Setiausaha kepada Jawatankuasa-JawatankuasaPejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor15 September 2011

Tekan imej untuk paparan yang lebih jelas.

Bantu kami perbaiki perkhidmatan kami dengan maklumbalas anda.
Kajian Kepuasan Pelawat Portal
close-image
X