Science Technology and ICT Department

Department / Unit:Bahagian Sains Teknologi & ICT Negeri Johorustict_ketua_jabatan
Address:Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor,
Bahagian Sains Teknologi & ICT,
Aras 1,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor
Headof Department:YBM Tunku Zahrah Binti Tunku Osman
Tel No.:07-2666660 / 07-2666661
Fax No.:07-266 1667

Objective

  1. Merancang, Menyelaras, Meningkatkan Dan Memperkembangkan Budaya Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pentadbiran dan Pengurusan Kerajaan Negeri.
  2. Memberi Perkhidmatan Teknologi Maklumat Yang Cekap Dan Berkesan Kepada Jabatan Kerajaan Mengikut Perkembangan Teknologi Semasa Yang Sesuai.
  3. Mengurus Dan Menyelenggara Infrastruktur ICT, Network Control Centre (NCC), Pangkalan Data Negeri, Perkakasan, Perisian Dan Aplikasi Sistem.
  4. Menganjur Dan Menyelaras Program Pendidikan, Latihan, Kemahiran Dan Penghayatan Sains, Teknologi dan Teknologi Maklumat.
  5. Menyelaras dan Memantau Pelaksanaan Projek MSC dan Program K-Ekonomi Negeri Johor.

Vision

Untuk Menjadi Peneraju Perkhidmatan ICT Yang Terunggul Bagi Memodenkan Perkhidmatan Awam Negeri Johor

Function

  1. Memberi khidmat nasihat dan perundingan berkaitan teknologi maklumat kepada Jabatan/Agensi Negeri dalam usaha meningkatkan kecekapan dan efisiensi mereka;
  2. Membuat kajian, penilaian dan memberi maklumbalas atas cadangan projek pengkomputeran baru yang dikemukakan;
  3. Melaksanakan pembangunan sistem aplikasi komputer dan penyelenggaraan sistem di jabatan/agensi Kerajaan dengan kerjasama pembekal yang telah dilantik;
  4. Membuat pemantauan dan penyelarasan bagi projek-projek ICT yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Antaranya adalah seperti berikut:
    1. Sistem Hasil Tanah Johor (SHTJ);
    2. Sistem Pengurusan Perumahan Perumahan (SPPJ);
    3. Sistem Pengurusan Perumahan Lot Bumiputera (Putera);
    4. Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT);
    5. SISPEN, MyGDI, E-PBT (Teknikal);
    6. Penyelaras Keselamatan ICT;
    7. Pelaksanaan Projek-projek E-Government dari Kerajaan Persekutuan.
  5. Menyelenggara Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor;
  6. Membuat pemantauan, membantu dan membuat penyelarasan bagi pembangunan Laman Web Jabatan Kerajaan Negeri;
  7. Merancang, melaksana dan menyelenggara jaringan data LAN, WAN (Intranet) dan kemudahan internet dan e-mel jabatan;
  8. Merancang, mengkaji dan melaksana polisi keselamatan bagi infrastruktur ICT jabatan, rangkaian intranet dan internet;
  9. Merancang,melaksana dan menyelenggara peralatan dan prasarana ICT jabatan;
  10. Merancang dan menganjurkan program teknologi maklumat samada berbentuk kursus, latihan, bengkel, seminar atau pertandingan secara kerjasama dengan jabatan atau pihak yang dikenalpasti bagi Program Pembudayaan IT;
  11. Menyediakan tempat dan tenaga pengajar bagi latihan/kursus komputer
  12. Membuat pemantauan serta keberkesanan program-program teknologi maklumat yang telah dan sedang dilaksanakan di jabatan Kerajaan Negeri melalui Program Audit Pengurusan Teknologi Maklumat;
  13. Menjadi ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan, Teknikal dan Pengguna bagi sistem-sistem Pengkomputeran yang sedang berjalan;
  14. Menjadi urusetia bagi Jawatankuasa Pengkomputeran Negeri Johor seperti:
    1. Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Johor;
    2. Jawatankuasa Perlupusan Peralatan Komputer Negeri Johor;
    3. Jawatankuasa Sebutharga dan Tender bagi Perolehan Berkaitan Teknologi Maklumat.

Client’s Charter

Bagi memberi perkhidmatan teknologi maklumat yang cekap dan berkesan kepada Kerajaan Negeri dan semua jabatan serta agensi di bawahnya.

Kami kakitangan Bahagian Sains Teknologi Dan ICT Negeri Johor berjanji

  1. Akan memastikan infrastruktur rangkaian, sistem serta perkhidmatan yang disediakan sentiasa beroperasi dengan baik.
  2. Akan berusaha memenuhi keperluan pembangunan sistem, aset ICT, rangkaian serta latihan ICT kepada penjawat awam.
  3. Akan bertindak kepada aduan Jabatan pengguna dalam masa kurang dari 2 jam.
  4. Akan memberi khidmat nasihat mengenai masalah berkaitan teknologi maklumat kepada Jabatan/pengguna.
  5. Akan bertindak serta-merta di atas segala pertanyaan berhubung dengan teknologi maklumat.
  6. Akan memberi latihan teknologi maklumat kepada sekurang-kurangnya 20 orang anggota sektor awam setiap bulan.
NameYBM Tunku Zahrah Binti Tunku Osman
D.P.M.J
DesignationSetiausaha Bahagian
GradeN54

Education

  1. Barchelor of Business Administration, Charminade University of Honalulu, Hawaii

Previous Department

DesignationDepartmentPeriod
Penolong Pentadbir TanahPejabat Tanah Johor Bahru02.11.1985 – 30.11.1989
Penolong SetiausahaPejabat Setiausaha Kerajaan Johor
(Cawangan Perumahan)
01.12.1989 – 15.09.2000
Penolong Pengarah (Pengurus Seksyen Bank Data Tanah)Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Johor16.09.2000 – 31.08.2004
PengarahUnit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor01.09.2004 –
BendahariPerbendaharaan Negeri Johor
Setiausaha BahagianBahagian Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor17.03.2016 – Sekarang
X