Department of Economy Planning

Department / Unit:Bahagian Perancang Ekonomi
Address:Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor,
Aras 3,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor
Head of Department:Tuan Haji Ramlee Bin Haji A. Rahman
Tel No.:07-2666618
Fax No.:07-2909993

Objective

  1. Mengkaji semula dasar kerajaan, mengesan, meneliti dan memantau keberkesanan perancangan untuk projek-projek penswastaan, projek khas dan infrastruktur, perumahan dan kerajaan tempatan dari sudut pencapaian matlamat projek yang ditetapkan termasuk memperkasakan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor.
  2. Menyelia, mengkaji dan menyelaras semula dokumen Pelan Induk Pembangunan Negeri, Pelan Ekonomi Negeri, Rancangan Struktur Wilayah, Daerah dan Tempatan, Belanjawan tahunan Negeri serta memastikan semua urusan pentadbiran kewangan diuruskan dengan cekap dan efisyen.
  3. Menjalankan Kajian dan Penyelidikan, membuat penyelarasan dan pemantauan berkaitan isu-isu Pembangunan, Ekonomi, Sosial, Perikanan, Pertanian, Alam Sekitar, Pelancongan dan Pembangunan Wilayah Koridor Ekonomi di peringkat mikro dan makro.

Bahagian Perancangan/Dasar Dan Projek Khas

Seksyen Pembangunan dan Kerjasama Awam Swasta

  1. Unit Perbadanan Setiausaha Kerajaan (SSI)
  2. Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  3. Unit Kerjasama Awam Swasta
  4. Unit Infra

Seksyen Pentadbiran, Perancangan dan Penyelidikan

  1. Unit Pentadbiran/ Kewangan/ Perkhidmatan
  2. Unit Teknologi
  3. Unit Ekonomi
  4. Unit Perancangan
  5. Unit Usahawan dan Industri
  6. Unit Modal Insan

Bahagian Sektoral

Seksyen Pembangunan Sektoral dan Sosial

  1. Unit Pertanian dan Bioteknologi
  2. Unit Pelancongan
  3. Unit Sosial
  4. Unit Alam Sekitar
  5. Unit Tugas-Tugas Khas
INDIKATOR2013201420152016
Nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Harga Malar 2010RM 88.0 bilionRM93.7 bilionRM 98.9 bilionRM 104.5 bilion
Pertumbuhan (KDNK)4.7 %6.5%5.6%5.7%
Pelaburan Sektor PembuatanRM 14.4 bilionRM 21.18 bilionRM 31.1 bilionRM 26.4 bilion
Penduduk3.477 juta3.515 juta3.554 juta3.592 juta
Tenaga Buruh1.599 juta1.621 juta1.633 juta1.639 juta
Median Pendapatan Isi Rumah Bulanan*RM 5,197RM 5,652
Insiden Kemiskinan*0.03%0.00%
  1. Terletak di penghujung Benua Asia, Johor telah lama memainkan peranan strategik dan penting dalam sejarah pembangunan ekonomi Malaysia. Memiliki dua koridor ekonomi iaitu Iskandar Malaysia dan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur, Johor telah membangun menjadi di antara konurbasi terpenting di Malaysia.
  2. Ekonomi Johor mencatatkan KDNK sebanyak RM 103.8 bilion dan mempunyai populasi seramai 3.6 juta penduduk pada 2016. Semenjak tahun 2013 negeri Johor telah mencatatkan penerimaan pelaburan tertinggi di Malaysia pada setiap tahun dengan nilai pelaburan dalam sektor pembuatan bernilai RM 93 bilion yang telah dipacu oleh pelaburan subsektor minyak dan gas.
  3. Lokasi strategik Johor berdekatan laluan perdagangan utama, hab perdagangan antarabangsa serta dibantu dengan jaringan logistik yang sistematik telah menjadi asas kepada pertumbuhan Johor yang lepas dan potensi pertumbuhan di masa akan datang. Mengambil kira kelebihan-kelebihan yang ada, tiga pelabuhan utama di Johor telah menjadi hab kepada rangkaian industri yang komprehensif yang memfokuskan kepada petrokimia, kejuruteraan, telekomunikasi, barangan elektrik dan pemprosesan makanan.
  4. Pelabuhan-pelabuhan ini mempunyai jalinan yang baik kepada pusat komersial dan industri yang penting di seluruh Malaysia serta pelabuhan di negara-negara jiran. Tambahan pula, jalinan ini disokong padu dengan infrastruktur jalan raya dan rangkaian rel kereta api.
  5. Melalui jaringan udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menawarkan infrastruktur bertaraf dunia yang menampilkan pakej komprehensif meliputi perkhidmatan penerbangan, kargo, logistik dan fasiliti penumpang.
  6. Kesemua faktor penting ini, memastikan Johor sebagai destinasi pilihan pelaburan domestik dan antarabangsa, memangkin Johor untuk mencapai potensi maksimum dalam pertumbuhan terutama aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan memacu Johor menjadi Kuasa Ekonomi Selatan.
Bantu kami perbaiki perkhidmatan kami dengan maklumbalas anda.
Kajian Kepuasan Pelawat Portal
close-image
X