Lagu Muafakat Johor Lyric

Muafakat johor jadi sandaran
Beretika menjaga warisan
Cekal menghadapi cabaran dihadapan
Berhemah dan berkemajuan

Raja dan rakyat berpisah tiada
Bangsa johor tinggi setianya
Sanggup berkorban jiwa dan raganya
Majulah johor luaskan kuasa

Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat

Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat

Tegak bangsa kerana budi
Kami mendengar suara hati
Membina bangsa dan negeri
Muafakat johor terus dihormati

Gagasan johor berkemajuan
Bersama rakyat kita jayakan
Tidak pernah tunduk pada cabaran
Perjuangan mesti diteruskan

Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat

Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat

Johor tetap jadi johor
Hidup bermuafakat
Luaskan kuasamu

Johor tetap jadi johor
Negeri berdaulat
Luaskan kuasamu

Lagu Muafakat Johor Clip Video

Download Lagu Muafakat Johor

Download Radio VersionDownload Chorus VersionDownload Minus One Version
Bantu kami perbaiki perkhidmatan kami dengan maklumbalas anda.
Kajian Kepuasan Pelawat Portal
X