Bahagian Pemantauan dan Kesejahteraan Rakyat

Bahagian / Unit : Bahagian Pemantauan dan Kesejahteraan Rakyat
Alamat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Bahagian Pemantauan dan Kesejahteraan Rakyat,
Aras 3,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor
Ketua Jabatan : Encik Md Za’nal bin Haji Misran
Tel : 07-266 7552 / 07-266 7553
Faks : 07-276 0157

Objektif

Menjadi agensi yang berintegriti, berinovasi dan kreatif dalam menyelaras, memantau dan menilai projek seluruh Negeri Johor seiring dengan aspirasi Kerajaan Negeri Johor

Visi

Agensi yang unggul dalam memacu pembangunan negeri.

Misi

Menjadi penyelaras, pemantau pelaksanaan dasar, program dan projek serta menilai dan memudahcara dengan mengamalkan tadbir urus yang baik, kreatif, inovatf dan berintegeriti.

Motto Jabatan

Pemantauan Berkualiti Kesejahteraan Dinikmati

Fungsi

  • Menyelaras, Memantau dan Menilai Dasar dan Pelaksanaan Projek serta Program / Projek Khas
  • Menjadi agensi berintegeriti, berinovasi dan kreatif dalam pemantauan dan penilaian.
  • Urusetia penyelaras system JOMS

Piagam Pelanggan

  1. Memantau pelaksanaan projek / program kerajaan negeri untuk diseleraskan dengan takwim perancangan dan jadual pelaksanaan serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan
  2. Membuat penilaian prestasi pelaksanaan setiap projek / program secara berkala setiap 2 bulan sekali
  3. Pemudah cara kepada isu atau masalah bagi mencari penyelesaian melalui runding cara antara jabatan yang berkaitan
  4. Melaporkan kepada JKTNg berkaitan prestasi, isu dan permasalahan berkaitan projek atau program setiap 2 bulan sekali
  5. Menyelesaikan isu / masalah bagi projek atau program yang telah dikenal pasti dan diputuskan di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri (JKTNg) melalui Jawatankuasa Khas dalam tempoh 2 bulan selepas mesyuarat JKTNg
  6. Membuat kajian impak projek / program selepas projek disiapkan kepada kumpulan sasaran yang ditetapkan
  7. Membawa syor kepada kerajaan negeri di dalam mesyuarat (MMK) untuk diberi ketetapan semula melibatkan dasar dan polisi dalam pelaksanaan projek atau program sebelum atau pada bulan September bagi penyediaan perbelanjaan.
Nama Tuan Md Za’nal bin Haji Misran
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Pemantauan dan Kesejahteraan Rakyat)
Gred Jusa C

Pendidikan

  1. Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah (Kepujian), Universiti Teknologi Malaysia)

Jabatan Pernah Bertugas

Bil Gelaran Jawatan Pejabat / Jabatan Tempoh
1. Penolong Pengarah Perancang 1 Majlis Bandaraya Johor Bahru 01.08.1997 – 15.07.2001
2. Penolong Pengarah UPEN Johor 16.07.2001 – 31.12.2004
3. Penolong Pengarah UPEN Johor 01.01.2005 – 31.01.2007
4. Ketua Penolong Pengarah UPEN Johor 01.02.2007 – 31.08.2009
5. Setiausaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang 01.09.2009 – 02.10.2011
6. Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor 03.10.2011 – 02.06.2013
7. Ketua Setiausaha Sulit kepada Y.A.B Menteri Besar Johor Pejabat Menteri Besar Johor 03.06.2013 – 30.04.2014
8. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang 01.05.2014 – 02.07.2016
9. Pegawai Daerah Pejabat Daerah Kulai 03.07.2016 – 31.12.2017
10. Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Pemantauan dan Kesejahteraan Rakyat) 01.01.2018 – Sekarang
X