February 2, 2017

Kenyataan Penafian Kad Pengenalan Bangsa Johor

KENYATAAN PENAFIAN KAD PENGENALAN BANGSA JOHOR
oleh
SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
Tarikh: 2 Februari 2017 (8.30 malam)

Kerajaan Negeri Johor menafikan pernah mengeluarkan kad pengenalan Bangsa Johor seperti yang sedang ditularkan di media sosial.

Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani berkata kad sedemikian rupa tidak pernah dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri atau mana-mana jabatan kerajaan negeri.

Malah penggunaan identiti Johor bagi tujuan sedemikian rupa tanpa merujuk kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dilarang sama sekali.

Tuan Haji Azmi bin Rohani
Setiausaha Kerajaan Johor

About Pentadbir Portal

Pentadbir Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor ditempatkan di Bahagian Sains Teknologi dan ICT, sebarang pertanyaan mengenai pentadbir boleh diajukan di portal@johor.gov.my

  •  
  • Twitter
  • Facebook
  • Google+

    Bantu kami perbaiki perkhidmatan kami dengan maklumbalas anda.
    Kajian Kepuasan Pelawat Portal
    X